USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELUANG KERJA UNTUK SISWAZAH: KUNJUNGI PROGRAM DI SUNWAY CARNIVAL KHAMIS INI

PULAU PINANG, 11 Ogos 2015 - TalentCorp Malaysia menjemput semua siswazah yang berminat untuk mengisi peluang kerjaya melalui pendedahan serta peluang yang terbuka melalui Program Graduate Employability Management Scheme (GEMS) dan Program Upskilling.

Upskilling ialah Program Peningkatan Kemahiran yang diperkenalkan untuk  meningkatkan ketersediaan bakat tempatan memasuki pekerjaan  berkemahiran  tinggi  melalui peluang yang disediakan  oleh TalentCorp dengan kerjasama rakan industri sejak 2011 dalam  membantu para siswazah memasuki pelbagai  bidang nic berkemahiran tinggi, penyelidikan dan pembangunan serta bidang profesional.

GEMS pula adalah program untuk meningkatkan pekerjaan siswazah dengan tujuan mengisi bakat dalam bidang utama ekonomi pada tahun 2020 melalui usaha melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan industri melalui metodologi tempat dan latihan dalam sektor yang berfokus kepada permintaan majikan.

Ketua Penolong Pendaftar Pusat Penempatan Graduan BHEPA Universiti Sains Malaysia (USM), Roslan Kamarudin berkata, program ini membantu golongan sasaran dengan menyerap masuk para siswazah  ke dalam program seperti ini untuk memberi kesedaran dan membantu meningkatkan lagi peratusan kebolehpasaran  USM pada tahun ini," katanya.

Roslan berharap agar program yang akan berlangsung pada hari Khamis  13 Ogos 2015 ini di Pusat Konvensyen Sunway Karnival, Seberang Jaya, Prai, Pulau Pinang dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang ini akan mendapat sambutan dan menyeru semua pihak membantu menyebarkan berita tentang program ini.

Talentcorp juga akan mengadakan satu lagi program sebegini di Kuala Lumpur dalam masa terdekat dan maklumat lanjut boleh diperolehi di Pusat Penempatan Graduan dan Kaunseling atau pun terus dari Talentcorp.

Maklumat lanjut sila layari www.mygemsportal.com.my.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1204

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024