USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR SEKOLAH ANTARABANGSA LAWAT HUSM

sek antarabangsa 1

KUBANG KERIAN, 9 Ogos 2015 – Seramai 30 orang pelajar dan tujuh orang guru pengiring Sekolah Antarabangsa Kelantan (SAK) telah melawat ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) baru-baru ini yang mendedahkan mereka kepada pengajian perubatan.

Menurut Ketua Jabatan Pediatrik Hospital USM Profesor Dr. Hans Amin Van Rostenberghe, pendedahan awal perlu kepada pelajar sekolah kerana akan memberi impak positif pada masa akan datang.

“Pendedahan seperti ini berupaya menanam minat mereka dalam bidang perubatan dan siapa tahu ada antara mereka yang mungkin menjadi pelajar USM pada masa akan datang,” katanya.

sek antarabangsa 2

Kumpulan pelajar ini diketuai oleh Dr. Noor Izani Noor Jamil dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan telah dibawa melawat ke wad Intensif kanak-kanak (NICU), Makmal Pemeriksaan Klinikal, Makmal Hematologi dan Pusat Genom Manusia.

Sepanjang lawatan, mereka diberi penerangan dan berpeluang bertemu kanak-kanak di wad NICU secara dekat di samping pendedahan cara-cara membasuh tangan, bantuan pernafasan serta berpeluang melihat penggunaan mikroskop semasa di makmal.

Menurut guru pengiring Hasnaidi Hanip Yunus, peluang sebegini amat bermakna kepadanya dan pelajar.

sek antarabangsa 3

“Perasaan sayu bercampur teruja kerana dapat melihat sendiri pesakit kanak-kanak yang dilahirkan pra matang dan fizikalnya terlalu kecil berada di dalam ‘incubator’ bagi mengimbangi suhu badan amat memberi kesan kepada kami,” katanya.

Lawatan ini turut disertai oleh Dr. Surini Yusoff dan dua orang pelajar sarjana dari Jabatan Pediatrik.

Teks dan Foto: Abdul Aziz Latif/Muhd Zulkifli Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 1119

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024