USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

INOVASI: UNIT REHABILITASI IPPT CIPTA ALAT SENAMAN MEDI-BIKE EXERCISER

DSC 0346ghjgh

PULAU PINANG, 8 Ogos 2015 - Unit Rehabiliti, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mencipta Medi-Bike Exerciser yang diilhamkan dari masalah peralatan senaman yang sedia ada bagi pesakit yang mengalami masalah mobiliti anggota badan bahagian atas dan bawah yang dikatakan tidak efisyen.

Hasil inovasi ini membawa mereka mencapai kejayaan sebagai Johan Kategori Teknikal Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2015 peringkat USM baru-baru ini dengan projek Medi-Bike Exerciser menerusi kumpulan Galaksi R-3.

Medi-Bike Exerciser merupakan alat senaman gabungan untuk anggota atas dan anggota bawah supaya aktiviti senaman boleh dijalankan serentak yang mesra pengguna, mudah alih, mampu milik dan telah diperakui selamat digunakan terhadap pesakit dan pengguna lain.

Jurupulih Perubatan di IPPT yang juga Ketua Kumpulan Galaksi R-3, Muhammad Akasyah Baharum, 29, berkata inspirasi terhadap inovasi timbul kerana pihaknya mendapati dari penganatan kerja mereka, tiada peralatan yang sesuai untuk senaman secara berasingan dan rawatan yang tidak efektif serta masa, perawatan dan peralatan sedia ada terhad.

"Selain dari itu, ramai pesakit yang mengalami kelemahan otot, kelumpuhan (stroke), ketidakseimbangan dan masalah koordinasi pergerakan anggota badan atas (atas pinggang) dan bawah (buah pinggang) perlu melakukan aktiviti senaman anggota badan atas dan bawah yang lama dan memenatkan, bilangan pesakit yang terhad ketika menjalani rawatan dan pemulihan yang lewat juga merupakan antara punca lain untuk inovasi ini difikir dan dihasiljan oleh kami,"jelasnya lagi.

Dengan terciptanya alat ini, masa rawatan berjaya dikurangkan dengan mengekalkan kualiti rawatan yang sama, lebih ramai pesakit dapat menjalani rawatan, pemulihan yang lebih cepat, dan strukturnya yang ringkas serta boleh dilaras mengikut kedudukan dan ketinggian pesakit bukan sahaja dapat memberikan keselesaan kepada pesakit tetapi juga dapat mengekalkan postur tubuh badan yang ergonomik.

Muhammad Akasyah dan rakan-rakan kumpulannya berharap agar Medi-Bike Exerciser ini dapat memberi perkhidmatan perawatan dan pemulihan kesihatan yang berkesan untuk meredakan kesakitan dan mencapai pemulihan awal ke tahap maksima.

"Saya dan ahli pasukan gembira dengan kemenangan yang dicapai ini malah berharap juga agar penciptaan alat ini dapat meningkatkan kualiti rawatan dalam mempercepatkan proses pemulihan serta mempromosikan kesihatan yang bermutu, cekap dan profesional dengan sikap penyayang dan nilai-nilai murni," katanya mewakili 9 orang ahli kumpulan yang lain.

Tambahnya lagi, dengan alat ini, pesakit lebih berdikari untuk menguruskan keperluan seharian tanpa mengharapkan bantuan daripada ahli keluarga mahupun orang lain dan penjaga kurang terbeban kerana pesakit mampu menggunakan alat ini di rumah dan tidak perlu hadir menemani pesakit secara lebih kerap seterusnya menjimatkan kos pengangkutan, tenaga dan masa menunggu.

Ahli kumpulan Galaksi R-3 terdiri daripada Muhammad Akasyah Baharum, Syuhadah Sufian, Abdul Rahman Md Ibrahim, Fazillah Khazali, Siti Aminah Hassan, Noor Farahiya Nisman, Khairul Zulkarnain Ahmad Johari, Noor Hazifah Mat, Muhammad Farid Amir Abdul Rahman dan Nurul Izzati Ghzali manakala Fasilitator bagi kumpulan ini adalah Md Hisham Abd Razak.

Unit Rehabilitasi IPPT beperanan memberi perkhidmatan perawatan dan pemulihan kesihatan yang berkesan untuk meredakan kesakitan dan mencapai pemulihan awal ke tahap maksima dan meningkatkan kualiti rawatan melalui mempercepatkan proses pemulihan serta mempromosikan kesihatan yang bermutu, cekap dan profesional dengan sikap penyayang dan nilai-nilai murni.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1716

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024