USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BPSM TERBITKAN SEMULA BULETIN BICARA ANTARA KITA

bak jun2015

PULAU PINANG, 7 Ogos 2015 - Buletin Bicara Antara Kita keluaran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Universiti Sains Malaysia (USM) akan diterbitkan semula bermula tahun ini untuk penyaluran maklumat terkini berkaitan aktiviti sumber manusia kepada umum warga USM.

Demikian penjelasan Timbalan Pendaftar Kanan BPSM, Tuan Haji Mohd Saad Bin Haji Din ketika ditemuramah hari ini.

"Buletin ini telah diterbitkan secara elektronik iaitu pembaca boleh mencapainya melalui laman web BPSM dengan keluaran dwi tahunan iaitu pada bulan Jun dan Disember bermula pada tahun ini," katanya.

Tambah Mohd Saad, Bicara Antara Kita ini adalah inisiatif dari BPSM untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan hal ehwal sumber manusia seperti pelantikan staf baru, kenaikan pangkat staf, pertukaran tempat bertugas staf, kebajikan staf, kematian staf, pekeliling-pekeliling terkini serta aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh BPSM seperti Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang USM dan lain-lain informasi terkini di dalam ruang lingkup universiti yang berkaitan sumber manusia.

“Saya berharap Bicara Antara Kita ini dapat diteruskan penerbitannya agar warga kampus dapat mengetahui bahawa BPSM juga ada melaksanakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang memberi impak justeru menaikkan nama USM,” katanya lagi.

Selain itu, Mohd Saad juga berhasrat agar warga USM dapat menyumbang idea untuk penulisan sebarang artikel berkaitan dengan motivasi untuk disisip masuk ke dalam buletin ini.

Penerbitan Bicara Antara Kita adalah salah satu usaha murni pihak Universiti bagi memastikan seluruh warga USM didedahkan dengan segala keterlibatan yang berlangsung di USM khususnya mengenai hal ehwal sumber manusia dari semasa ke semasa dan ia boleh dicapai terus melalui URL (http://bpsm.usm.my/bpsm/bak/index.html) atau melalui Laman sesawang BPSM di http://bpsm.usm.my/bpsm/default.asp

Segala komen dan pandangan mengenai penerbitan ini amatlah dialukan dan ia boleh dimajukan ke emel sidang redaksi Bicara Antara Kita iaitu This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Rekabentuk penerbitan Buletin Bicara Antara Kita ini adalah dengan kerjasama Creative Design House (CDH) USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Muhammad Firdaus Khiruddin

  • Created on .
  • Hits: 2106

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024