USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM HADIR RUMAH TERBUKA KOMUNITI PAKISTAN DI PULAU PINANG

pix 2

PULAU PINANG, 29 Julai 2015 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Masjid Pakistan dan Liga Pakistan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Konsul Jeneral Kehormat Negara Pakistan Dato’ Haji Abdul Rafique Abdul Karim di Masjid Pakistan baru-baru ini.

Kira-kira 300 orang telah menghadiri rumah terbuka yang julung kali diadakan ini yang dihadiri oleh komuniti kawasan sekitar terutamanya masyarakat dari Pakistan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Malaysia khususnya yang banyak bekerjasama rapat dan mewujudkan peluang berhubung berkaitan pembangunan perniagaan antara Pakistan dan Malaysia,” kata Abdul Rafique.

pix 3

Pensyarah USM Dr. Hassaan Rathore yang mewakili komuniti Pakistan di USM bersyukur dengan layanan yang telah diterima sepanjang mereka berada di Malaysia khususnya USM malahan mereka gembira dengan komuniti di sini yang tidak pernah menganggap mereka adalah dari kalangan komuniti negara asing.

“Kami dilayan sama adil seperti layanan yang diterima komuniti lain di USM dan ini adalah perkara yang amat kami bangga serta berharap semangat persaudaraan seperti ini akan terus dapat dipupuk dan dijadikan sebagai contoh kepada komuniti lain,” katanya.

pix 4

Tambah Hassaan, semua komuniti Pakistan di USM ingin merakamkan ucapan terima kasih dan salam persahabatan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan di Malaysia khususnya USM, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua.

pix 1

Yang turut hadir ke majlis ini adalah Yang di-Pertua Negeri  Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dato' Seri Farizan Darus, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Dr. Ali Ahmad Arain, Pihak Konsulat Indonesia di Pulau Pinang Bapak Taufiq Rodhy, Pengarah Pejabat Transformasi Insan USM Dato' Haji Ellias Zakaria dan Dekan Pusat Pengajian Farmasi USM Profesir Dr. Munavvar Zubaid Abdul Sattar.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto : Ihsan Dr. Hassaan Rathore

  • Created on .
  • Hits: 1176

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024