USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ANAK-ANAK MUDA ASEAN PERLU BERFIKIR SECARA PROGRESIF, GESA PRO CANSELOR USM

DSC 0049dfgdfgf

PULAU PINANG, 28 Julai 2015 - Anak-anak muda berpendidikan tinggi sebagai pemimpin masa hadapan ASEAN digesa menjadi pemikir progresif yang mampu menyumbang idea bagi pembangunan yang lebih lestari. 

Ketika membuat saranan itu, Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Datuk Mustafa Mansur berkata, generasi muda yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara-negara ASEAN pada suatu hari nanti, perlu mempunyai pemikiran termaju agar mampu berfikir dan membuat keputusan mendepani zaman mereka.

“Hal ini penting untuk memastikan akan berlakunya kesinambungan dalam program-program pertumbuhan dan pembangunan ASEAN yang telah dirancang dalam usaha mengekalkan kesatuan ASEAN,” katanya.

DSC 0056

Beliau berucap pada 3rd ASEAN Future Leaders Summit (AFLES 2015) anjuran Persatuan Pelajar Ijazah Tinggi USM dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Prince of Songkla University (PSU) Thailand di sini, hari ini.

Mustafa berkata, pucuk pimpinan juga perlu memiliki integriti yang tinggi, tadbir urus yang baik serta tanggungjawab moral sebagai matlamat utama dan bukan sekadar memimpin sahaja, tetapi berupaya membawa  komuniti  ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

DSC 0068jhbh

“Jadilah pemimpin yang dapat mengubah dan mewujudkan masa hadapan yang lebih baik di samping bekerja ke arah mewujudkan persekitaran yang dapat membangunkan komuniti ASEAN yang lestari, dinamik, bersatu dan berdaya saing,” katanya lagi.   

Beliau  mengingatkan para peserta yang hadir tentang kepelbagaian yang ada pada mereka merupakan aset yang paling berharga dan unik yang perlu dipupuk untuk mengekalkan keharmonian rantau ini, dengan diperkukuh menerusi ilmu dan pendidikan tinggi.

Tambah beliau, ini juga bermakna generasi muda perlu mahir dan memanfaatkan sebaik-baiknya ilmu dan  teknologi canggih yang ada serta menggunakan kemahiran dan teknologi itu demi kebaikan dan kesejahteraan masyarakat sejagat.

Sidang kemuncak yang berlangsung selama 10 hari sejak 24 Julai lalu membawa para pemimpin pelajar dari 10 negara ASEAN seramai 160 orang ke empat lokasi bermula di AKEPT, UiTM, USM dan berakhir di PSU Thailand pada 4 Ogos ini.

DSC 0077dfgf

Matlamat utama AFLES 2015 adalah untuk menjalinkan rangkaian pelajar universiti ASEAN yang memiliki potensi baik untuk menjadi pemimpin masa depan dalam usaha memperkayakan kepimpinan mereka melalui aktiviti-aktiviti seperti ceramah, forum, sesi perkongsian oleh pemimpin yang berjaya, projek khidmat masyarakat dan sesi pertukaran budaya.

Yang turut hadir dalam majlis perasmian ialah Pengarah Pejabat Antarabangsa USM Profesor Madya Dr. Anees Janee Ali; Pengarah Shelton International College and RPT Singapore, Patrick Hogan; Pengarah Projek AFLES 2015 Imran Sarwar; dan pegawai-pegawai utama USM. 

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1050

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024