USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU PELAJAR SEKOLAH FAHAMI NEUROSAINS

11253945 10207208991167489 5840692573666821000 n

KUBANG KERIAN, 26 Julai 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima lawatan empat pelajar dan seorang guru pengiring dari Kolej Tunku Khurshiah (KTK) bagi Program Penyelidikan Eksplorasi Alam Kerjaya untuk Pertandingan Karnival Pendidikan Kerjaya Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Selatan hari ini.

Jabatan Neurosains menjadi pilihan sekumpulan pelajar kolej terbabit adalah kerana USM adalah universiti pertama di Malaysia yang mewujudkan perkhidmatan rawatan sel saraf dalam otak.

Menurut Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains USM (P3Neuro), Profesor Dato’ Dr. Hj. Jafri Malin Abdullah, program sebegini amat berfaedah dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah.

11755647 10207208992167514 160794780537999348 n

“Mereka diberi pendedahan cara-cara penyelidikan otak haiwan di makmal, diperkenalkan dengan mesin yang digunakan dalam penyelidikan sel otak yang tiada di universiti lain di Malaysia serta dibawa ke bilik pembedahan bagi merasai pengalaman menjalani pembedahan otak menggunakan patung yang diajar oleh saya sendiri,” katanya. 

Menurut Jafri Malin, negara masih lagi kekurangan saintis yang mahir dalam bidang Neuro di Malaysia dan diharapkan dengan pendedahan awal sebegini kepada pelajar dan secara "hands-on", dapat membantu mereka lebih memahami bidang ini.

Yang turut memberi penerangan kepada pelajar-pelajar terbabit adalah pelajar sarjana dari luar negara.

Teks/Foto: Muhd Zulkifli Zakaria & Abdul Aziz Latif

  • Created on .
  • Hits: 1220

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024