USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SAMBUT BAIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

gvcgvgertgh

PULAU PINANG, 28 Julai 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) mengalu-alukan pewujudan semula Kementerian Pengajian Tinggi dalam pengumuman rombakan kabinet kerajaan Malaysia hari ini.

Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata, dengan pelbagai cabaran yang ada, penubuhan semula ini akan membantu untuk lebih berfokus dan melonjakkan lagi pengajian tinggi secara global.

"Ini tentunya berupaya melonjakkan lagi institusi pengajian tinggi ke peringkat global dan menumpukan kepada usaha peningkatan graduan berkemahiran tinggi," kata Omar.

Menurutnya lagi, USM berbangga kerana dua orang alumninya kini menerajui dua kementerian utama iaitu Dato' Seri Idris Jusoh di Kementerian Pengajian Tinggi dan Dato' Seri Mahdzir Khalid sebagai Menteri Pendidikan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya dan percaya mereka mampu menggalas tanggungjawab besar tersebut," tambah Omar lagi.

Teks: Mohamad bin Abdullah 

  • Created on .
  • Hits: 1155

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024