USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERSATUAN ALUMNI USM ANJUR PROGRAM BALIKAMPUS 29 OGOS 2015

untitleddfhfd

PULAU PINANG, 24 Julai 2015 - Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan Program Balikampus pada 29 Ogos ini dan menjemput bekas pelajar USM untuk turut serta.

Presiden Persatuan Alumni USM Profesor Tan Sri Dzulkifli A. Razak berkata, Program  Balikampus dianjurkan secara dwi-tahunan pada setiap tahun ganjil sejak 2003 untuk menghimpunkan para alumni USM  di dalam dan luar negara dalam suasana santai dan persahabatan.

"Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengajak alumni kembali semula ke kampus bagi mengenang semula nostalgia sepanjang mereka mengikuti pengajian di USM," kata Dzulkifli.

Program Balikampus 2015 bertemakan "AUSM is AWESOME" akan diadakan di Kampus Induk USM Pulau Pinang yang menyediakan pelbagai program menarik untuk disertai oleh alumni USM.

"Kami mengalu-alukan kedatangan para alumni balik ke Kampus USM," kata Dzulkifli lagi.

Borang penyertaan boleh dimuat turun di https://drive.google.com/open?id=0Bzd6VxniFUFcZUh4ckJiWm5YU28

Pertanyaan/maklumat lanjut, boleh diperolehi dengan menghubungi Sekretariat Persatuan Alumni USM di talian 019-5222 3689 atau 013-471 1243.

  • Created on .
  • Hits: 1729

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024