USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN NCIA BEKERJASAMA TUBUH CIC BANTU LONJAK EKONOMI KORIDOR UTARA

fhcgjh

PUTRAJAYA, 14 Julai 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah  membantu merancakkan lagi momentum pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) melalui kerjasama dengan Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan menubuhkan Pusat Inovasi Komuniti (CIC).

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq menyifatkan penubuhan pusat ini adalah selari dengan mandat untuk mentransformasikan sosio ekonomi Koridor Utara sebagai  platform yang ideal untuk berkolaborasi dalam proses pertukaran idea, perkongsian kepakaran, pembelajaran dan pertukaran kemahiran antara pemegang taruh serta yang paling utama ialah elemen program pemindahan ilmu (KTP) yang merupakan antara agenda negara yang sedang ditekankan sekarang.

vnbnnm

"Saya berterima kasih kepada USM kerana mencetuskan inspirasi idea yang canggih untuk penubuhan CIC ini dan berharap dengan penubuhan pusat ini, pertumbuhan ekonomi di Koridor Utara dapat dipertingkat lagi," katanya yang juga merupakan Ahli Lembaga Gabenor USM.

Tambahnya lagi, objektif pusat ini adalah untuk memperkasakan tenaga akademik USM memacu usaha ini dengan mewujudkan asas yang kukuh bagi memupuk keusahawanan dan inovasi.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman pula berkata, dengan penubuhan CIC ini, USM akan mengendalikan 8 buah projek dalam masa 2 tahun bagi fasa pertama ini di empat  buah negeri di koridor utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang bernilai RM 2 juta.

ghdghfg

ghjvghjg

"Melalui inisiatif ini, pihak USM dapat membantu dalam pembangunan ekonomi golongan bumiputera sektor Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di keempat-empat negeri ini yang merupakan asas buat USM untuk terus mendekati komuniti serta sebagai pemudah cara dan pakar rujuk bagi sektor ini terus berkembang maju," katanya lagi.

fgjhgjhgh

Tambah Omar, CIC juga akan membantu usahawan dan pengusaha daerah untuk membina perniagaan justeru memberi impak kepada komuniti.

Terdahulu Majlis Pelancaran Program Pembangunan Usahawan PKS Bumiputera di Koridor Utara telah berlangsung di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya yang menyaksikan penyampaian cek berjumlah RM15 juta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Abdul Wahid Omar kepada Ketua Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq yang disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Datuk Husni Salleh.

Peruntukan yang diberikan ini  bertujuan untuk perlaksanaan program di Koridor Utara yang terbahagi kepada tiga program utama iaitu melingkungi Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK), MCASH dan Pusat Inovasi Komuniti (CIC) masing-masing berjumlah RM8 juta, RM5 juta dan RM2 juta.

cvbnvbnnn

Yang turut hadir dari USM dalam majlis ini ialah Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Perkhidmatan Awam (PiPPA) Dr. Musa Ali, Pengarah Pusat Racun Negara Profesor Dr. Razak Lajis dan Pengarah Jaringan Komuniti USM Syed Yusof Syed Kechik.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Muhammad Firdaus Khiruddin

  • Created on .
  • Hits: 1432

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024