USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM CERIAKAN PESAKIT SEMPENA AIDILFITRI

IMG 0020

PULAU PINANG, 14 Julai 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) akan terus membantu mereka yang memerlukan menerusi program-program libatsama komuniti yang akan diadakan selepas ini sebagai tanda prihatin terhadap masyarakat sekeliling di samping menceriakan mereka pada musim perayaan.

Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan duit raya dan barangan keperluan berupa buku cerita, pensel warna, biskut, barangan permainan dan makanan kepada kira-kira 230 orang pesakit kanak-kanak dan 50 orang dewasa bersempena Program Tautan Kasih Ramadhan Kali Ke-4, yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan (PPDU) USM dengan kerjasama BJIM di Hospital Besar Pulau Pinang hari ini yang jelas membawa kegembiraan kepada mereka.

IMG 0023mgh

IMG 0033ghjh

Program amal USM bersempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama sahaja lagi ini turut diserikan dengan persembahan badut dan nyanyian lagu Aidil Fitri, Selamat Hari Raya serta Rasa Sayang oleh barisan kakitangan Pusat Pengajian (PP) Seni yang terdiri daripada para pensyarah dan staf serta Dewan Budaya USM yang dipimpin oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Jaringan Pusat Pengajian Seni Profesor Madya Dr. Razif Mohd.

Jelas See Ching Mey, kehadiran pihak USM ini diharapkan dapat memberikan motivasi untuk mereka terus berjuang dan bangkit melawan penyakit, malahan hiburan lagu yang disajikan berserta hadiah daripada maskot “badut” sedikit sebanyak mampu mengembalikan keceriaan dan kegembiraan dalam menyambut Syawal beberapa hari sahaja lagi.

IMG 0059cghfg

 

IMG 0067

IMG 0080dfhfgh

“Apa yang dilihat selepas memberikan sumbangan duit raya dan hadiah, termasuk diserikan dengan hiburan kepada mereka, jelas terserlah kegembiraan di wajah anak-anak kecil ini walaupun kita mengetahui mereka dalam penderitaan meneruskan kehidupan,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, keistimewaannya kali ini ialah apabila cicit kepada pengasas B.Braun, yang juga Lembaga Pengarah (Pengerusi) syarikat tersebut, Anna Maria Braun yang sangat prihatin dan sayang kepada kanak-kanak, turut sama turun padang memberi sumbangan duit raya kepada pesakit.

IMG 0092ghfgh

IMG 0150rttr

Sementara itu, Pengarah Projek Program Tautan Kasih Ramadhan 2015 yang juga Pensyarah PPDU, Dr. Darshan Singh A/L Mahinder Singh menyatakan kegembiraannya dengan kerjasama erat yang diberi oleh  semua pihak dalam menjayakan program kali ini.

"Kita berharap agar program-program libatsama komuniti sebegini akan terus dianjurkan bagi berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama insan-insan seperti ini dan  yang terdekat bakal dianjurkan PPDU adalah program untuk pesakit  kanser payudara pada bulan Oktober ini,” katanya lagi.

IMG 0178dfgdf

IMG 0132gjhj

Sementara itu, Penyelia Jururawat Hospital Besar Pulau Pinang Lee Khuan Yeng, 58, berkata program berkenaan merupakan lawatan keenam yang diterimanya sepanjang bulan Ramadhan, namun istimewanya berbanding lawatan-lawatan sebelum ini ialah iringan muzik latar dan nyanyian serta persembahan badut oleh pihak USM.

“Kehadiran USM sedikit sebanyak mampu meringankan kesakitan yang dialami oleh mereka dan anak-anak ini dapat berhibur menerusi rangkaian lagu nyanyian yang menceriakan dan kita dapat lihat keceriaan jelas terpancar di wajah setiap dari mereka,” ujarnya yang telah berkhidmat hampir 38 tahun di hospital berkenaan.

IMG 0213vbnvg

Turut hadir ke program ini ialah Pengurus Besar (Komunikasi Korporat, Asia Pasifik) B. Braun Medical Industries Sdn. Bhd. Joanna Ng; pegawai-pegawai BJIM; PPDU dan Pegawai Hospital Besar Pulau Pinang.

Teks: Siti Naquiah Abdillah/Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1717

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024