USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KANITA USM HULUR SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL

11168520 10207107245263905 3145733657530593996 n

PULAU PINANG, 14 Julai 2015 - Pusat Kajian Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia dan Ahli Majlis KANITA  menyampaikan  sumbangan barangan runcit kepada 23 orang ibu tunggal berusia di antara 26 tahun hingga 73 tahun di Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini.

Menurut Pengarah KANITA Profesor Madya Dr. Noraida Endut, sumbangan ini disampaikan kepada Persatuan Ibu Tunggal Daerah Barat Daya Pulau Pinang di rumah Pengerusinya Juriah Semat.

11698698 10207107244543887 7348246248410842276 n

"Kami menyampaikan barangan runcit seperti beras, minyak, gula dan sebagainya bernilai lebih kurang RM55 seorang melalui sumbangan yang diberikan oleh beberapa orang Ahli Majlis KANITA dan rakan-rakan di dalam dan luar USM yang dibungkus dan diuruskan oleh warga KANITA sebagai keprihatinan terhadap mereka dalam menyambut perayaan Aidilfitri ini," kata Noraida.

Teks: Mohamad Abdullah/Foto: KANITA 

  • Created on .
  • Hits: 803

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024