USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGURUSAN HUSM TAMPIL HULUR SUMBANGAN KEPADA WARGA STAF

10393865 10207107112180578 3468909665337681040 n

KUBANG KERIAN, 14 Julai 2015 – Memahami dan empati dengan kesusahan warga staf Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan tanggungan yang berada di wad atas faktor kesihatan, pihak Pengurusan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tampil membantu.

Menurut Pengarah HUSM, Dato’ Dr Zaidun Kamari, inisiatif ini diambil setelah mengenal pasti terdapat beberapa staf dan tanggungan yang dirawat di HUSM atas pelbagai masalah kesihatan.

“Atas dasar prihatin dan memahami,  kami menyelami  perasaan mereka yang diduga dengan musibah menghulurkan bantuan meringankan bebanan mereka dan keluarga di samping menghargai jasa staf yang telah banyak menabur bakti,” kata Zaidun ketika ditemui semasa menyampaikan sumbangan hamper kepada kira-kira 30 orang staf dan tanggungan di HUSM hari ini.

11698527 10207107108100476 5686320336102684641 n

Tambah Zaidun, lawatan itu juga memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk mengeratkan silaturrahim serta bertanya khabar tentang persiapan menyambut lebaran yang akan menjelang tiga hari lagi.

Pesakit, Abdul Rahman Hassan, 57, yang menghidap penyakit Buah Pinggang dan menjalani rawatan Hemodialisis serta dirawat di Wad 8 Timur Depan menyatakan rasa syukurnya atas sumbangan yang disampaikan itu.

11703173 10207107110860545 874800547677435669 n

“Perhatian dan keperihatinan pihak Pengurusan HUSM amatlah dihargai dengan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi serta diharapkan ibadah mulia seperti ini  berterusan agar staf tidak rasa dipinggirkan dan  merasakan bahawa pihak pengurusan sentiasa cakna tentang kesihatan mereka,” kata suami kepada Ketua Jururawat Mahani Omar itu.

11755898 10207107113340607 5347360800187721338 n

Yang turut hadir dalam lawatan itu ialah Timbalan Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam, Kampus Kesihatan USM, Wan Azahar Wan Ahmad dan Penolong Pengarah Kanan Unit Kejururawatan, Raudzah Haji Mohamed Ariffin.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 835

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024