USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KELAB KAKITANGAN JABATAN BENDAHARI BERI SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN

11225267 10207095705375415 5876491210160575479 n

PULAU PINANG, 12 Julai 2015 - "Kita berkongsi sedikit rezeki yang diterima dengan golongan yang memerlukan, semoga sumbangan ini dapat membantu mereka membuat persiapan menjelang syawal yang akan menjelma tidak lama lagi."

Demikian kata Penaung Kelab Kakitangan Jabatan Bendahari (KKB) USM, Dr. Rohayati Mohd Isa di lokasi terakhir Program Kasih@KKB hari ini.

11168404 10207095704855402 5693256908269993101 n

11143384 10207095706895453 8672685793446712834 n

Program ini adalah untuk membantu dan meringankan beban masyarakat asnaf, golongan fakir miskin dan anak-anak yatim di lokasi-lokasi yang dikenalpasti di Pulau Pinang.

Antara lokasi-lokasi yang dikunjungi adalah di sekitar Bayan Baru, Ayer Hitam, Kampung Mengkuang, Mengkuang Titi Bukit Mertajam bermula dengan  lokasi pertama di Kompleks Cahaya Siswa USM yang meraikan 25 anak yatim, 35 anak tahfiz Madrashah Fathur Rahman Jelutong dan 5 orang pelajar "Bottom Billion" USM.

Presiden KKB Ahmad Rithaudeen Ramli berharap agar rezeki yang Allah SWT berikan ini mendapat keberkatan dan dapat digunakan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma kepada para penerima dan  memanjangkan usia untuk bertemu lagi pada Ramadhan akan datang.

11221658 10207095704135384 1936688251497596854 n

11666136 10207095705975430 4601610346305966395 n

11707619 10207095707895478 1399382416646413542 n

Ahli KKB, Encik Ahmad Hazran Yusof Hamdani berharap agar program mendekati golongan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan sumbangan dapat dihulurkan kepada mereka untuk mereka gunakan bagi sambutan Aidilfitri.

Sumbangan yang diberikan kepada para penerima adalah berupa wang tunai yang dikumpulkan oleh staf-staf Jabatan Bendahari dan barangan keperluan asas harian.

Setiap rombongan wakil KKB terdiri daripada 9 orang staf.

11698578 10207095708335489 3050311602527915168 n

Jabatan Bendahari USM merakamkan penghargaan kepada pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Dato' Dr. Radzi Othman, pengurusan Mahaad Tahfiz Fathur Rahman Jelutong, Sekolah Bayan Baru, Sekolah Mutiara Perdana dan Qariah Masjid Jamek Kampung Mengkuang Bukit Mertajam yang membantu menjayakan Program Kasih@KKB ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ihsan daripada KKB USM.

  • Created on .
  • Hits: 1348

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024