USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BEKERJA BERSAMA-SAMA UNTUK UNIVERSITI

iftar 2015 1895

NIBONG TEBAL, 10 Julai 2015 - Warga Universiti Sains Malaysia (USM) diseru untuk bekerja lebih  kuat dan bersama-sama memainkan peranan untuk pembangunan universiti melalui pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang untuk membawa universiti lebih ke hadapan.

Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Kasih Ramadhan Menjelang Aidilfitri Kampus Kejuruteraan di Ruang Legar Pusat Islam, di sini, hari ini.

iftar2014 1815

Jelas Omar, USM menjadi wadah perpaduan dan kekuatan ummah melalui pelbagai aktiviti yang diadakan seperti  bergotong royong mengadakan majlis iftar yang mampu memberi impak yang amat positif dalam merapatkan semangat  ukhwah, bekerjasama dan tolong- menolong dalam kalangan warganya.

“Universiti amat prihatin terhadap peranan yang dimainkan oleh warga USM keseluruhannya dalam bersama-sama membangun dan menaikkan nama universiti,” ujar Omar lagi.

Naib Canselor kemudiannya menyampaikan sumbangan Kasih Ramadhan berupa makanan dan barangan keperluan asas kepada 41 orang yang terdiri daripada pencuci kontrak dalam Kampus Kejuruteraan serta masyarakat sekitar kampus yang dikenalpasti sebagai tidak berkemampuan.

iftar2014 1831a

11698629 10207088779242266 8151929594166766945 n

Pada majlis yang sama, Penghargaan Khas turut diberi kepada Pengarah Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO), Profesor Dr. Lee Keat Teong dan Penolong Pegawai Farmasi dari Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan,  Anis Shuhada Soon Abdullah  yang banyak memberi sumbangan melalui potongan gaji untuk kebajikan warga USM Kampus Kejuruteraan.

iftar2015 1870

iftar2015 1880a

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan dan isteri Datin Suraiya Kassim; Pengarah Pusat Islam Profesor Dato Dr. Muhammad Idiris Saleh; Pengarah Kampus Kejuruteraan Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak serta dekan-dekan dan pegawai-pegawai utama universiti. - Teks: Siti Naquiah Abdillah

  • Created on .
  • Hits: 1038

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024