USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUMBANGAN BAJU RAYA CERIAKAN KANAK-KANAK MISKIN

11709261 10207080989087517 4584427065677069656 n

KUBANG KERIAN, 10 Julai 2015 - Seramai 30 orang kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan telah diraikan oleh Persatuan Jururawat Malaysia (PJM) cawangan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang membawa mereka membeli pakaian hari raya di kompleks membeli-belah Mydin Hypermarket di sini semalam menerusi Program Jom Beli Baju Raya 2015.

Pengerusi PJM Cawangan Hospital USM Hjh. Chik Hussin berkata, kanak-kanak itu masing-masing menerima peruntukan RM150 setiap seorang untuk membeli kelengkapan seperti baju raya, songkok, tudung dan kasut.

11403173 10207080990527553 6733882452238396766 n

Katanya, program tersebut diadakan setiap tahun bagi memastikan kanak-kanak dari golongan itu dapat bersama-sama meraikan Aidilfitri dengan umat Islam yang lain dalam suasana meriah.

"Selain meraikan anak-anak yatim ini, pihak kami turut mengadakan aktiviti kebajikan seperti penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim dan sebagainya dan berharap agar bantuan ini dapat membantu mereka melalui Ramadhan dengan sempurna dan menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria," katanya lagi.

11168541 10207080990887562 7291018301964347578 n

Hjh. Chik ternyata sangat tersentuh hatinya dengan melihat anak-anak ini apatah lagi mereka begitu teliti dalam soal harga barangan yang dibeli.

"Ada di antara mereka yang tidak mahu membeli baju kerana bimbang harganya yang mahal dan tentu sahaja saya kagum dengan mereka yang prihatin tetapi pada masa yang sama sedih dan terharu dengan sikap kanak-kanak ini," katanya.

Penerima sumbangan, Wan Ahmad Saifullah, 12, berkata, dia bersama seorang lagi adiknya yang pertama kali menerima bantuan baju raya berasa gembira kerana mendapat baju baru untuk Aidilfitri kali ini.

11667342 10207080989247521 6259674595385135269 n

"Sejak kehilangan ibu pada tahun 2010, ayahlah yang bekerja keras membesarkan kami sekeluarga dan saya berharap pada tahun ini beban ayah berkurangan kerana tidak perlu membuat persiapan raya untuk kami adik beradik," katanya. - Teks: Mohd Iqmal Matlan

  • Created on .
  • Hits: 971

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024