USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WORLD BANK GROUP KONGSI HASIL KAJIAN DENGAN USM

Urban Transport 1727

NIBONG TEBAL, 1 Julai 2015 – World Bank Group Malaysia melalui Ahli Ekonomi Kanan kumpulan itu, Dr. Frederico Gil Sander hadir ke Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berkongsi hasil kajian mereka bertajuk “Malaysia Economic Monitor: Transforming Urban Transport” di sini semalam.

Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata banyak perkara yang boleh dikaji dan diselidiki hasil daripada pembentangan tersebut.

Urban Transport 1743

Urban Transport 1755

“Saya yakin bahawa banyak perkara yang boleh kita selidik dan harapan USM sendiri supaya kita dapat memberi impak yang tinggi terhadap ekonomi dan pembangunan negara,” kata Ahmad Farhan.

Mengulas mengenai keseluruhan pembentangan tersebut, beliau berkata hasil kajian dan dapatan yang diperolehi merupakan pandangan berkecuali pihak World Bank Group terhadap pembangunan pengangkutan dalam negara Malaysia khususnya.

“Kita boleh kongsi dapatan tersebut dan digunakan dalam membuat perbandingan kajian dan mereka juga boleh bersama-sama dengan kita dalam mentransformasi pengangkutan di Malaysia”, katanya lagi.

Urban Transport 1757

Program selama dua jam itu dihadiri seramai lebih 50 peserta terdiri daripada warga kampus termasuk pensyarah, pelajar dan kakitangan universiti serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil kerajaaan negeri Pulau Pinang dan masyarakat setempat.

Teks: Mohd Kamil Ashar/Foto: Muhammad Sarif Mhd. Rapiai

  • Created on .
  • Hits: 946

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024