USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PTPM BOLOT HADIAH PERTAMA DAN KETIGA

DSC 0059

PULAU PINANG, 11 Februari 2015 -  Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) Universiti Sains Malaysia (USM) membolot hadiah utama dan ketiga pertandingan Youtube Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) –USM.

Video pendek berdurasi 3.01 minit hasil idea kreatif Pensyarah PTPM, Profesor Madya Dr Zarina Samsudin yang bertajuk iPad untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) berjaya menarik perhatian juri pertandingan dan membawa pulang wang tunai RM1000 dan sijil penyertaan.

“Video tersebut terhasil daripad Kelas Komputer untuk Warga Emas yang dianjurkan oleh PTPM sejak lima tahun lalu,” ujar Zarina.

DSC 0019

DSC 0017

“Kelas tersebut turut disertai oleh seorang OKU iaitu Seha Bakar yang berumur 52 tahun  yang ingin sangat menggunakan iPad walaupun cacat kedua-dua belah tangan,” tambah Zarina yang juga memenangi tempat ketiga melalui video bertajuk Building Bridges Across Generations Project dan membawa pulang wang tunai RM500.00.

“Hasil daripada kelas tersebut dan penggunaan iPad yang didermakan, Seha yang dahulunya malu untuk bergaul dengan orang ramai mula berubah sikap ke arah yang lebih positif,”ujar Penerbit Rancangan PTPM merangkap Penerbit Video, Ayda Fatahiyah Abd Malek ketika ditemui di majlis penyampaian hadiah pertandingan oleh Timbalan Naib Canselor ( TNC BJIM), Profesor Dato’ Dr See Ching Mey.

DSC 0028

Pertandingan tersebut telah dijalankan bermula bulan April-Ogos 2014 dan telah menerima 27 penyertaan bertemakan “Engaging Minds & Souls”.

“Pertandingan ini bertujuan untuk mengetengahkan aktiviti jaringan dan libatsama komuniti/industri yang dilaksanakan oleh pelajar dan staf USM melalui video pendek dalam versi paling kreatif,” ujar Pengarah Jaringan Komuniti, Syed Yusof Syed Kechik.

“Pertandingan ini juga merupakan salah satu platform untuk mempromosikan USM secara global melalui video-video yang disiarkan dalam youtube,”tambah beliau.

DSC 0010j

Hadiah tempat kedua (RM750) dimenangi oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr Mohd Nordin Adlan melalui video bertajuk Water Supply & Sanitation for Underprivileged Commuity manakala video bertajuk Vocational Training memenangi RM300 melalui Video Paling Banyak ditonton.   

Turut disampaikan adalah empat hadiah saguhati dan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM200.

DSC 0020k 

Video-video yang dihantar boleh ditonton melalui :-

https://www.youtube.com/watch?v=jCJl_86Lnd4

https://www.youtube.com/watch?v=eE2h0bJrfRU

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohamad Danial Shahri 

  • Created on .
  • Hits: 1734

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024