USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PINDAH TEKNOLOGI KULTUR TISU

IMG 0060

KULIM KEDAH, 10 Februari 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyaksikan satu lagi sejarah tercipta dengan perpindahan teknologi atau Knowledge Transfer Programme (KTP) dalam bidang kultur tisu kepada Kedah Bioresources Corporation (KBIOCORP).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu, Dato’ Norsabrina Mohd Noor, USM telah menjadi pusat rujukan atau pakar rujuk utama dalam bidang kultur tisu terutamanya bagi negeri Kedah dan wilayah utara.

IMG 0064

IMG 0073

“USM sedang dan akan beroperasi sebagai pusat rujukan kultur tisu kepada jabatan dan agensi berkaitan serta dapat mengukuhkan hubungan yang sedia ada dengan adanya makmal kultur tisu yang dibiayai oleh Koridor Utara,” ujar Norsabrina dalam satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Kesedaran Kultur Tisu: Daya Saing Industri Pertanian Dalam Menghadapi Cabaran Globalisasi di sini pagi ini.

“USM sentiasa releven kepada masyarakat dan pengembangkan ilmu yang ada samada kepada masyarakat dan juga kepada agensi yang terlibat,” ujar Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Profesor Dato’ Dr Muhamad Jantan.

IMG 0080

IMG 0081

“KTP dianjurkan sebagai salah satu projek agenda kritikal bagi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu dalam menyampaikan dan memindahkan pengetahuan yang wujud dalam institusi pengajian tinggi kepada industri dan masyarakat,” tambah Muhamad.

Projek KTP kultur tisu ini adalah hasil penemuan penyelidik USM, Profesor Dr. Chan Lai Keng dengan tujuan utama membantu rakan industri untuk menyelesaikan pengeluaran kultur tisu pokok pisang dan telah dijalankan sejak bulan Ogos 2012.

IMG 0112

IMG 0118

Penghasilan kultur tisu ini membantu meningkatkan pengeluaran kultur tisu benih pisang sebanyak 22000 benih berbanding hanya 5000 benih untuk kaedah biasa dan dalam tempoh masa yang agak cepat jika dijaga dengan baik.

“Pada masa kini, fokus penghasilan benih pisang berangan adalah yang paling banyak bagi tujuan eksport manakala yang lain adalah cavendish dan tanduk,” tambah Chan.

IMG 0128

IMG 0156

Turut hadir ialah Presiden Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. mewakili KBIOCORP, Dato’ Annuar Mohd Saffar dan Pengarah Pejabat Inovasi dan Pengkomersilan USM Profesor Dr. Rahmat Awang. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 2125

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024