USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK DENGAN UMT

IMG 0058

PULAU PINANG, 9 Februari 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini memperkukuhkan kerjasama strategik dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan menandatangani persefahaman dalam satu majlis yang berlangsung di sini hari ini.

Menurut Naib Canselor UMT, Profesor Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, kedua-dua pihak bekerjasama ini akan bekerjasama melibatkan tiga projek utama iaitu marin biotek untuk penternakan tiram, marin biodiversiti yang memberi tumpuan kepada terumbu karang dan arkeologi marin yang akan mengkaji khazanah di dasar laut.

IMG 0078

IMG 0083

"Kita mempunyai fasiliti kapal yang lengkap untuk membuat penyelidikan dan USM mempunyai pusat-pusat penyelidikan dan kepakaran misalnya dalam bidang arkeologi dan sains neuro untuk kita berganding bahu menjalankan kajian yang mempu memberi impak yang besar dalam arkeologi marin," kata Ibrahim.

Penandatanganan ini juga bersempena dengan Ekspedisi Pelayaran Saintifik Siri 1: Selat Melaka 2015 UMT yang bermula pertengahan Januari lalu. UMT turut membawa kapal milik mereka RV Discovery dalam ekspedisi pelayarannya merentas Selat Melaka tersebut yang bermula di Gelang Patah, Johor Bharu dan akan berakhir di Mersing Johor pada penghujung bulan Mac ini.

IMG 0087s

IMG 0105

"Kita ingin memperkenalkan ekspedisi ini sebagai ekspedisi penting yang akan dijalankan setiap dua tahun sekali dan akan bekerjasama dengan USM dalam tahun-tahun akan datang dan menyediakan pangkalan data mengenai keadaan marin di Selat Melaka dan kita juga memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai sains marin melalui lawatan ke kapal," kata Naib Canselor UMT.

Penandatanganan persefahaman ini turut melibatkan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Pusat Arkeologi Global (PPAG), Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Pusat Kajian Samudera dan Pantai serta Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains (P3Neuro) Pusat Pengajian Sains Perubatan.

IMG 0141

IMG 0161

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat) USM, Profesor Dato' Dr. See Ching Mey berkata, dengan adanya kerjasama strategik dalam beberapa program yang telah dirangka antara kedua-dua universiti ia dapat meningkatkan latihan, penyelidikan dan penambahan ruang atau pusat yang selari dengan agenda APEX fasa II bagi USM dan misi UMT.

Katanya lagi, beberapa program telah dirangka melalui MoU ini yang melibatkan pelbagai pihak termasuk masyarakat yang mampu memberi impak kepada semua pihak khususnya dalam bidang penyelidikan kedua-dua universiti.

IMG 0204

IMG 0218

Hadir dalam majlis ini  ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor UMT, Pengarah Institut Bioteknologi Marin UMT, Profesor Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad, Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat Profesor Madya Dr Ahmad Sofiman Othman, Pengarah Institut Oseanografi (INOS) UMT, Profesor Dr Zulfigar Yasin, Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM Profesor Madya Dr Shahrul Anuar, pegawai-pegawai utama USM dan UMT. - Teks: Syuhada binti Abd Aziz/Penyunting: Mohamad bin Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 2029

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024