USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BEKERJA BERSAMA-SAMA MEMACU KECEMERLANGAN

IMG 0006

PULAU PINANG, 6 Februari 2015 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Omar Osman hari ini menyeru agar semua pihak bekerja bersama-sama dalam memacu kecemerlangan universiti di negara ini.

Berucap dalam Majlis Makan Malam bersempena Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) IPTA kali ke-39 di sini, Omar menegaskan bahawa kecemerlangan universiti termasuk Institut Pengajian Siswazah (IPS) adalah berdasarkan kepada kualiti dan bukan sekadar  kuantiti.

IMG 0012

"Kejayaan kita tentunya sebahagian besar dinilai dari segi kualitinya termasuk dalam penghasilan penerbitan dan penulisan untuk jurnal terkemuka dunia, oleh itu kita perlu sentiasa memacu kecemerlangan bersama-sama supaya program-program pasca siswazah yang ditawarkan mampu melonjakkan negara ke peringkat yang lebih tinggi,” tambah Naib Canselor.

Omar berharap mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah IPTA menjadi teras utama dalam memastikan Malaysia menjadi hub pendidikan terkemuka dalam menyediakan peluang pengajian tinggi yang berkualiti kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.

IMG 0017

Pada masa yang sama, Majlis Dekan Pengajian Siswazah IPTA (MDPS) telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Roadmap For Malaysian Education In The Next Decade bagimenjalankan kajian senario semasa dan hala tuju pengajian tinggi di Malaysia dengan mengambil kira Malaysian Education Blueprint, 2015 - 2025 (Higher Education) yang diharapkan dapat melonjakkan negara Malaysia dalam menyediakan landskap pengajian tinggi yang berkualiti kepada masyarakat global.

Hadir sama di Majlis Makan Malam tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) USM Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Dekan Institut Pengajian Siswazah USM Profesor Dr. Othman Sulaiman, Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Madya Dr. Siti Halijah Shariff serta pegawai, dekan-dekan IPS serta pegawai-pegawai kanan universiti yang lain.

IMG 0027

IMG 0030

USM menjadi tuan rumah untuk MDPS IPTA ke-39 yang diadakan di sini dengan dipengerusikan oleh Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Teknologi Mara. - Teks: Siti Naquiah binti Abdillah/Penyunting: Mohamad bin Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1798

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024