USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN OKB BANTU PESAKIT

P2

WAKAF BHARU, KELANTAN 3 Februari 2015- Keluarga dan penerima sumbangan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Orang Kota Bharu (OKB) menzahirkan rasa terharu dan terima kasih atas sumbangan yang diterimanya baru-baru ini. 

Bapa kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU), Rojis Denis berkata, sumbangan ini adalah amat bermakna kepada masa hadapan anak saya, terima kasihlah kerana sudi membantu. 

P1

Anaknya, Jane Vivian Rojih, 8,  menghidap sejenis ketumbuhan daging bahagian  tulang belakang sejak awal kelahiran lagi dan kini sukar berjalan dan berdiri, bertambah buruk sewaktu musim banjir tempoh hari kerana rumah mereka turut dinaiki air dan terpaksa berpindah selain daripada kesan perubahan cuaca yang sejuk yang berlaku.  

Penderitaan yang ditanggung oleh anak gadis ini mendapat perhatian pihak OKB dan    telah     dirujuk kepada USM untuk membantu.  

"Kita akan terus membantu meringankan beban Vivian," kata Timbalan Setiausaha Agung II, Persatuan OKB, Tan Chin Zhia.  

P4k

Pakar Terapi Kesihatan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Kampus Kesihatan,  USM,  Dr  Mohd  Zulkifli  Abdul  Rahim  pula  memberitahu  buat  permulaan  tumpuan adalah  untuk  membaikpulih sarung penyokong kaki Vivian supaya lebih selesa digunakan dalam urusan seharian dan proses pemantauan akan dijalankan secara berkala.  

Vivian turut menerima sebuah kerusi roda untuk kegunaannya yang disumbangkan oleh pihak USM dan  OKB  yang   akan  diubahsuai  mengikut  saiz  badan  dan  keadaan  fizikal  sebelum  dapat diguna sepenuhnya. 

P3j 

Menurut Zulkifli juga, ini merupakan program pelopor untuk OKU dan orang awam yang disumbangkan oleh USM dan akan dijadikan aktiviti tetap Persatuan Cakna OKU PPSK, Kampus Kesihatan, USM yang baharu ditubuhkan.  

"Kami ingin berkongsi kepakaran yang ada di universiti dengan masyarakat untuk kebaikan bersama," tambahnya lagi. 

P6lh

Hadir sama semasa kunjungan tersebut ialah Pakar Perunding Nefrologi dan Perubatan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Dr.  Azreen  Syazril  Adnan,  Pakar  Obstetrik &  Ginekologi, Dr. Fauziah Jummaat, Pakar Bedah Urologi, Dr. Azhar Amir Hamzah, Ahli Jawatankuasa Persatuan OKB , Aw Twee Leng dan Tan Cheng Sim.  Teks/Foto: Mohd Rodin Che' Yusoff, Kampus Kesihatan  Suntingan: Mohamad bin Abdullah​

  • Created on .
  • Hits: 1750

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024