USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM KENDALI PASAR MYAGROSIS

AGROASIS

 

Para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Kelab Myagrosis akan menguruskan Pasar Myagrosis USM yang berkonsepkan pasar tani dengan kerjasama Pusat Pembangunan dan Sahsiah Pelajar (PPKSP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Pasar ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat, bermula pada 28 November 2014 di Parkir kereta Perpustakaan Hamzah Sendut 2 (PHS 2) Bangunan E41 antara jam 3.00 petang hingga 9.00 malam.

Menurut Setiausaha Sekretariat Pasar Myagrosis, Fatin Nurnisha binti Mustapha, usaha ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar serta staf USM untuk menceburi bidang keusahawanan sekaligus menambah pendapatan sampingan.

"Penglibatan peniaga luar turut dialu-alukan dan akan membuka peluang kepada pelajar untuk menjadi pembantu peniaga," kata Fatin Nurnisha.

  • Created on .
  • Hits: 1271

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024