USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

REKA 2014 TINGKAT PENYELIDIKAN KREATIF

REKA

PULAU PINANG, 27 November 2014 – Persidangan Antarabangsa Media Kreatif, Rekebentuk dan Teknologi atau International Conference on Creative Media, Design and Technologi (REKA 2014) diadakan untuk mengumpul para artis dalam pelbagai bidang bagi perkongsi pengalaman.

“Industri kreatif adalah sangat penting dalam kehidupan masyarakat serta membantu meningkatkan kualiti hidup kita. Oleh itu, industri kreatif berhak mendapat tempat yang prominen di kalangan masyarakat dan dalam agenda pembangunan negara.

“Di Malaysia, misalnya pada  tahun 2008, industri kreatif menyumbang RM9.4 bilion atau 1.27 % daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dengan tenaga kerja 45,000 orang. Angka itu meningkat kepada 5.8 % pada tahun 2010 dan  Kerajaan Malaysia menyasarkan RM33 bilion PNK daripada industri kreatif pada tahun 2020 ( Sumber : Kementerian Pelancongan & Kebudayaan, Jan 26, 2014 ),” ujar Timbalan Dekan (Penyelidikan) PPUSM, Dr A.S. Hardy Shafii  ketika merasmikan REKA 2014 di sini hari ini.

“Bagi meningkat penyelidikan dalam bidang kreatif mungkin banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi oleh setiap dari kita. Jadi, saya berharap semua peserta akan terus berusaha mengatasinya bagi memastikan kecemerlangan penyelidikan media kreatif, rekabentuk dan teknologi,” tambah beliau yang mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM, Profesor Dr. Adnan Hussein.

 “REKA 2014 bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu yang berbangkit melalui pembentangan kertas kerja oleh ahli akademik, penyelidik, ahli falsafah serta pelajar ijazah tinggi,” ujar Pengerusi REKA 2014 yang juga pensyarah PPSUSM, Dr. Jasni Dolah.       

“Kerjasama di antara otak kiri dan otak kanan menghasilkan kretiviti yang luar biasa. Cuba lihat hasil kerja Omar Khayyum , Leonardo Da Vinci dan juga Steve Jobs.

“Omar Khayyum adalah seorang Ahli Astronomi dan juga ahli Matematik. Namun beliau juga adalah seorang penyair yang tersohor. Hasil gabungan ini beliau berjaya membuktikan bahawa setahun adalah bersamaan dengan 365.24219858156 hari,” ujar Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia Profesor Dato’ Ahmad Zainuddin yang menyampaikan ucap utama.

Buat julung kalinya REKA 2014 diadakan bagi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan tahap kesarjanaan ilmiah serta penyelidikan terkini pelbagai bidang ke peringkat yang lebih tinggi.

REKA 2014 adalah anjuran Bahagian Rekabentuk & Teknologi Media Baru, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (PPSUSM) dengan kerjasama Kearifah Tempatan, Malaysia Contemporary Art Tourism dan  Balai Seni Visual Negara.   

Turut menyampaikan ucaptama adalah Pengarah Media and Games Innovation Centre (MaGIC-X) Profesor Madya Dr Mohd Shahrizal Sunar. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1333

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024