USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KARYA PELAJAR USM JUARA PSA SPRM

 

PULAU PINANG, 27 November 2014 –Karya para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bertajuk ‘Ikan Jerung VS Ikan Bilis’ dan ‘Rasuah atau Hadiah’ memenangi pertandingan Public Service Announcement (PSA) anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Para pelajar tersebut yang diketuai oleh pelajar tahun dua kursus Pendidikan (TESOL) iaitu Wan Syazwan Wan Mohd Azmuddin adalah daripada Sekretariat Pencegahan Rasuah USM (SPRUSM).

“Hasil karya kami adalah bertujuan untuk memperkenalkan bahaya rasuah kepada mahasiswa melalui video interaktif dan mendidik mahasiswa untuk menentang rasuah serta mendapatkan dan memelihara sokongan mahasiswa dalam memerangi rasuah,” jelas Wan Syazwan mengenai objektif video yang dihasilkan.

“Saya berasa bangga dan terkejut dengan kemenangan tersebut kerana ini adalah penyertaan pertama kami dalam pertandingan seumpama ini,” tambah Wan Syazwan yang juga Yang Dipertua SPRUSM bagi sidang 2014-2015.

Video interaktif tersebut yang berdurasi selama kurang dua minit membayangkan suasana bagaimana pelajar sangat prihatin dengan isu rasuah tersebut. Video tersebut adalah hasil arahan Syed Muhammad Faiz Syed Nasir dan Haikal Rahman sebagai Sinematografer. Ahli kumpulan yang lain adalah Anas Kambali, Ahmed Danial Arif Yaakob, Amir Zakwan Md Daud dan Muhamad Afif Azfar Abdullah. 

5 orang

 

 

Kumpulan ini telah memperolehi hadiah sebanyak RM 5000.00 dan telah disampaikan sempena Konvensyen SPR Institut Pengajian Tingggi bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris baru-baru ini.

Untuk menonton video berkenaan sila klik pautan di bawah :-

https://www.youtube.com/watch?v=FUYrkDk9aEY&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=jrhawxztP5g&feature=youtu.be

 

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Sumbangan SPRUSM

  • Created on .
  • Hits: 1542

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024