USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AKHLAK PENTING DALAM TADBIR URUS KORPORAT YANG BAIK

DSC 0052

PULAU PINANG, 10 Disember 2014 – Akhlak atau etika sangat ditekankan oleh semua organisasi bagi mengamalkan tadbir urus korporat yang baik.

“Melalui akhlak, amanah yang diberikan kepada seseorang individu dapat dilaksanakan dengan penuh integriti serta mengamalkan nilai-nilai tadbir urus yang baik iaitu jujur, amanah, bijaksana, adil dan telus,”demikian ujar pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan (PPP) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr Ishak Ismail yang mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dan bidang akademik. 

“Namun begitu cabaran masa kini adalah menghadapi pihak-pihak yang kurang tanggungjawab dan amanah dalam pekerjaan serta dalam tugas seharian,” tambah Ishak yang juga mantan dekan PPP ketika menyampaikan ucaptama pada Business Ethics Day (BED) 2014 di sini pagi ini.

DSC 0057a

Ucaptama beliau yang bertajuk “Towards  Creating a Society with Ethics and Integrity – The Way Forward” memberikan perangsang dan garis panduan kepada bakal graduan yang akan memasuki alam pekerjaan tidak lama lagi.

“Program sebegini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dengan lebih mendalam mengenai kursus yang dipelajari serta menjalinkan kerjasama yang baik antara rakan-rakan,” kata Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan) PPP USM, Dr Amirul Shah Md Shahbudin yang mewakili Dekan PPP, Profesor Dr. Fauziah Md Taib.

DSC 0059a

DSC 0077am

BED disertai oleh seramai 200 orang pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Business Ethics dari PPP dan dipimpin oleh dua orang pensyarah PPP iaitu Dr Mohd Anuar Arshad dan juga Dr Azura Abdullah Effendi.

Pada program yang sama, sebanyak 10 kertas kerja penyelidikan dibentangkan oleh para pelajar yang merangkumi pelbagai bidang termasuk urus tadbir, etika dan tanggungjawab sosial korporat. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1949

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024