USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KLKM USM PILIH KESUKARELAWANAN UNTUK HINEX

DSC 0247

PULAU PINANG,16 Disember 2014 - Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Sains Malaysia (USM) memilih tema “Volunteerism  Through Scouting" bagi menerapkan isu kesukarelawanan dalam aktiviti pengakap sempena Higher Institutions National Expedition and Camping ke-13 (HINEX 2014) yang diadakan di sini bermula Jumaat lalu.

Menurut Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM, Profesor Madya Dr Abdul Rashid Mohamad, penganjuran HINEX 2014 mendapat maklum balas yang baik daripada semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Program sebegini dapat memupuk semangat kerjasama, kesatuan dan juga ilmu yang dipelajari dapat disebarkan di daerah KLKM masing-masing untuk manfaat bersama,” tambah Abdul Rashid.

DSC 0218

Majlis penutup perkhemahan selama lima hari ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Komuniti & Kesukarelawan Jabatan Pengajian Tinggi KPM, Md Hafizi Elias. 

“HINEX adalah satu program tahunan di bawah unit kokurikulum serta menjadi aspirasi KPM untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai disiplin yang tinggi bukan sahaja dalam pendidikan tapi dalam aktiviti kokurikulu,” ujar beliau.

“Bagi pihak KPM saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta dan tenaga penggerak dan berharap semua akan terus sukses,” tambah beliau yang juga mengharap KLKM akan setanding dengan badan berunifom yang lain.

DSC 0261

“Kelainan HINEX 2014 adalah dari segi tema yang dipilih iaitu kesukarelawanan yang diterapkan dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti memberi bantuan di  rumah orang-orang tua, gotong royong membersihkan akuarium Muzium Perang dan Pantai Kerachut serta mencuci tayar kereta di atas feri,” kata Pengarah Projek HINEX 2014 Razana Md Idris mengenaui keunikan HINEX 2014.

“HINEX 2014 juga mendapat penyertaan paling ramai iaitu 225 orang daripada 14 buah institut pengajian tinggi awam dan juga swasta berbanding HINEX sebelum-sebelum ini,” tambah Razana yang juga pelajar tahun dua Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM.

Pada majlis penutup itu juga turut disampaikan pelbagai anugerah seperti Kontingen Paling Sempoi (Politeknik Merlimau), Dinamik (Universiti Pendidikan Sultan Idris), Terbaik (Universiti Islam Antarabangsa, Gombak) serta Anugerah Daerah KLKM Terbaik (USM).

DSC 0057df

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Latihan Negara merangkap Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dato’ Paduka Abdul Shukor Moksin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang Zulkapli Kamarudin dan Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum USM Profesor Madya Dr Ahmad Tajuddin Othman.

Tuan rumah bagi HINEX seterusnya adalah Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 1922

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024