USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-JOHOR JALIN KERJASAMA LAKSANA KTP

DSC 0104f

PULAU PINANG, 18 Disember 2014 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerajaan negeri Johor Darul Takzim akan bekerjasama menjalankan program pemindahan ilmu atau Knowledge Transfer Programme (KTP)  khusus untuk membantu usahawan kecil dan sederhana.

“Melalui kepakaran yang USM ada iaitu tenaga pengajar  dan juga sumber-sumber seperti golongan usahawan dan peniaga kecil-kecilan di Johor program KTP dapat dijalankan menggunakan model tenaga pensyarah kepada industri,” ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman di Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Negeri Johor, Md Jais Sarday bersama ahli  Ikatan Mahasiswa Johor (IKMAR).   

DSC 0110g

“Program KTP sebegini boleh memberikan manfaat kepada pembangunan keusahawanan negeri johor dengan mengambil dan berkongsi kepakaran yang ada di USM kerana KTP juga mempunyai lebih 350 projek yang boleh diubahsuai mengikut kesesuaian,” tambah Naib Canselor.   

“Saya berharap program IKMAR seperti ini akan diperluaskan melibatkan juga pelajar daripada institusi lain yang mana IKMAR dapat merealisasikan moto USM iaitu ‘Kami Memimpin’ keluar daripada sini,” kata Omar.

DSC 0138f

“Bagi pihak kerajaan kami menerima baik apa yang dicadangkan oleh Naib Canselor USM dan berharap program KTP ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kerajaan negeri Johor juga sangat membantu dan juga memberikan galakan kepada usahawan-usahawan muda melalui pelbagai cara dan jalinan kerjasama dengan agensi-agensi seperti SMECorp dan MARA,” ujar  Md Jais.

DSC 0146g

Turut hadir ialah Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor, On Jabbar @ Jaafar, Penasihat IKMAR Mohd Jaya Mohd Johan, Yang DiPertua IKMAR USM Mohamad Fareez Amirah dan juga Pengarah Projek Yu Aun Hock. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1606

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024