USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKARELAWAN USM BERTOLAK UNTUK MEMBANTU DI KAWASAN BANJIR

sukarelawanbanjir

PULAU PINANG, 20 Dis. 2014 - Sukarelawan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bertolak ke Machang, Kelantan awal pagi ini untuk  membantu mangsa banjir dengan  menggunakan dua buah bas dari kampus induk Pulau Pinang dan sebuah bas dari Kampus Kejuruteraan yang akan bersatu dgn sukarelawan dari Kampus Kesihatan nanti.

Menurut Timbalan Pendaftar (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Haji Husin Yahaya, operasi mereka akan melibatkan 120 org sukarelawan USM di Machang terutamanya di pusat pemindahan banjir dan kawasan-kawasan kemudahan orang ramai yang terjejas akibat banjir.

Kumpulan ini turut dibantu oleh mahasiswa terutamanya dari Himpunan Anak-anak Kelantan  (HAAKUSM).  (Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Hj. Husin Yahya dan Zulkifli Che' Hussein)

  • Created on .
  • Hits: 1337

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024