USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM AKTIFKAN BILIK GERAKAN BANJIR - pelajar terjejas diminta hubungi USM

DSC 0275

Pulau Pinang, 24 Disember 2014 – Universiti Sains Malaysia (USM) mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir di Kampus Induk Pulau Pinang melalui Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membantu pelajar terutamanya yang terjejas untuk menghadapi peperiksaan minggu hadapan.

Mesyuarat penyelarasan semua jabatan USM untuk melaksanakan hal ini telah dibuat pada  pagi ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar (BHEPP) Haji Husin Yahaya untuk menyusun langkah-langkah yang perlu secara berterusan termasuk menyediakan pelan tindakan membantu pelajar dan khidmat kaunseling untuk membantu.

"Jadual pergerakan untuk membantu pelajar telah disedia untuk digerakkan bermula esok pagi ke semua tempat yang terlibat dan pelajar diminta hubungi USM untuk memudahkan operasi dilakukan secara berterusan,"kata Haji Husin.

Bilik Gerakan ini akan beroperasi 24 jam bermula hari ini dan boleh dihubungi melalui talian 04 6536137 manakala di Kampus Kesihatan Kelantan Bilik Gerakan HEPP boleh dihubungi melalui talian 09 7671305 dan 09 7671300.

Bilik Gerakan Pejabat BHEPP di Kampus Kejuruteraan 04-5995530 atau 012-4378780/ 012-4460190.

Usaha-usaha juga dibuat dengan menyelaraskan Kor Sukarelawan Pelajar dan kakitangan yang berminat untuk turut serta dalam misi bantuan terutamanya untuk membawa balik pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta yang terkandas.

DSC 0280

Menurut Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Omar Osman, USM memandang serius dan terus memantau banjir yang melanda di seluruh negara apatah lagi dalam keadaan pelajarnya yang akan menduduki peperiksaan semester pada minggu hadapan.

"Kita akan menggerakkan segala sumber yang ada untuk tujuan tersebut untuk mrembantu mereka balik ke kampus dan mendapatkan maklumat tentang di mana mereka berada secepat mungkin melalui Bilik Gerakan HEPP," kata Omar.

Jelas Naib Canselor USM itu lagi, Universiti juga akan pertimbangkan bantuan-bantuan yang perlu diberi kepada mangsa-mangsa yang terjejas dengan menggunakan maklumat yang disalurkan melalui HEPP  seperti amalan yang dibuat ketika negara menghadapi bencana banjir besar di Johor dan tsunami satu ketika dahulu.

Di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, operasi membantu mangsa banjir dilakukan secara berterusan terutamanya melalui Hopspital USM termasuk memindahkan para pesakit dari hospital yang terjejas sekitar Kota Bharu ke Hospital USM sejak malam tadi. Awal pagi tadi dilaporkan seramai 32 orang pesakit telah dipindahkan ke  Hospital USM apabila bandar Kota Bharu mula dinaiki air.

Sementara itu, Pasukan Kor Sukarelawan Pelajar USM bersama-sama sukarelawan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain dijangka akan berada di tujuh pusat penempatan banjir Daerah Tumpat Kelantan pada 26 – 28 Disember ini dan ke Gua Musang dijangkakan mulai 31 Disember ini.

DSC 0315

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal meminta agar para pelajar tenang menghadapi banjir ini namun perlu juga memberikan keutamaan kepada peperiksaan yang akan dihadapi dan segera kembali ke kampus.

"Walau pun terdapat mekanisme seperti mana amalan pada masa-masa lalu yang membolehkan para pelajar yang terjejas menduduki peperiksaan melalui Kursus Semasa Cuti panjang (KSCP) dengan kebenaran universitinamun mereka yang tidak terjejas teruk sepatutnya kembali ke kampus dan USM akan membantu sebaik mungkin untuk membolehkan mereka menghadapi peperiksaan," kata Ahmad Shukri.

DSC 0305

Yang  Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM Mohd Shafiq Kamaruddin pula memberitahu, pihaknya bekerjasama dengan BHEPP untuk operasi 24 jam Bilik Gerakan Banjir dan membantu mereka yang terlibat.

"Kami telah menerima banyak pertanyaan dan maklumat mereka yang terkandas dan terjejas akibat banjir dan akan menyelaraskan dengan BHEPP  untuk membantu mereka," kata Mohd. Shafiq.

Tambahnya lagi, pihaknya menyokong usaha ini dan menyelaraskan dengan universiti untuk mengelakkan berlakunya penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menjerjaskan usaha yang dibuat. Teks: Mohamad Abdullah​​

 

MAKLUMAT OPERASI BANJIR 2014

BILIK GERAKAN KAMPUS INDUK

1. Bilik Gerakan 04-653 6137

2. Tuan Haji Hussin 019-472 1159

3. En. Ihsanul 019-480 7666

4. En. Azimin 019-522 7070

 

BILIK GERAKAN KAMPUS KEJURUTERAAN

1. Bilik Gerakan 04-599 5530

2. Pn. Norakmar 012-437 8780

3. Pn. Norzita 012-4460190

 

BILIK GERAKAN KAMPUS KESIHATAN

1. Bilik Gerakan 09-767 1300/1305

2. En. Syahmi 016-873 4325

3. Pn. Shikin 013-926 6777

 

PEGAWAI DI LAPANGAN

1. Mejar Shahrizal 019-443 5043

2. En. Zulkifli 019-544 4002

3. En. Rizuan 013-453 0141

 

JADUAL PERGERAKAN

25/12/2014 (Khamis)

Semua pelajar akan berkumpul di dua pusat penempatan sementara

 

KAMPUS KESIHATAN - Pusat Mahasiswa

1. Pn. Shikin 013-926 6777

2. Cik Mirawaty 012-799 7544

3. En. Zulhairie 012-987 8583

4. Saudari Atikah 013-975 7022

 

KAMPUS INDUK - Kafetaria Restu

1. PM Dr. Rahimah 013-625 5305

2. Mejar Shahrizal 019-443 5043

3. En. Ihsanul 019-480 7666

4. Pn. Asmaliza 019-412 5360

 

26/12/2014 (Jumaat)

Route 1

8.00 pagi

Kampus Kesihatan -> Stesen Bas Kuala Terengganu -> Stesen Bas Kemaman -> Stesen Bas Kuantan -> Perkarangan Stadium Bukit Jalil

Route 2

10.00 pagi

Kampus Induk -> Perkarangan Stadium Bukit Jalil

*Pelajar akan bertukar bas di Perkarangan Stadium Bukit Jalil

  • Created on .
  • Hits: 2053

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024