USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USAHA USM BANTU MANGSA BANJIR

Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan sudah menjadi tempat pelajar dari pelbagai universiti berkumpul iaitu berjumlah sekitar 80 orang, staf USM dan keluarga yang terkesan dengan banjir sekitar 120 orang, pakar-pakar dan doktor perubatan dari luar. Dijangka 50 orang pegawai perubatan dari Universiti Malaya (UM) and Universiti Teknologi MARA (UITM) akan datang hari ini.

USM juga menjadi tempat tinggal untuk pakar-pakar perubatan yang tidak dapat pulang di samping menempatkan orang kampung bersebelahan yg terkesan banjir, kini berjumlah sekitar 30 orang. Juga menempatkan pesakit Hospital USM yg discaj tapi tidak boleh pulang. Jumlah ini dijangka meningkat.

Pihak USM turut menyelaraskan aktiviti memasak di Pusat Islam untuk menyedia makanan. Bilik Gerakan terus beroperasi menyelaraskan dan membantu pelajar dan orang ramai. Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1574

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024