HOSPITAL USM RAWAT LEBIH 900 PESAKIT TERKESAN BANJIR

10360759 10205549175353131 732686905054458926 no

KUBANG KERIAN 30 Disember 2015  – Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) merupakan satu-satunya hospital yang beroperasi sepenuhnya ketika negeri Kelantan menghadapi musibah banjir kali ini. Dalam tempoh banjir melanda Kelantan, lebih 900 orang pesakit termasuk 143 orang  pesakit rujukan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) dan hospital-hospital daerah lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, 103 daripada jumlah itu dipindahkan ke Hospital USM melalui jalan udara dengan bantuan Angkatan Tentera  Malaysia.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menempatkan 160 orang staf di Pusat Dialisis, Jabatan Pediatrik serta Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital USM berikutan pusat hemodialisis di hospital-hospital lain di Kelantan tidak berfungsi disebabkan masalah bekalan air dan ditenggelami air," kata Subramaniam.

10906334 10205549183393332 4453493466276638685 n

Tambah beliau, semua perkhidmatan dialisis telah dipindahkan ke HUSM dengan lebih daripada 150 dialisis dijalankan sehari.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan kerja ke Hospital USM hari ini untuk melihat dari dekat usaha Hospital USM membantu mangsa banjir.

Subramaniam berkata, sebanyak 53 fasiliti kesihatan terputus hubungan tetapi masih beroperasi manakala 43 fasiliti kesihatan dinaiki air dan 24 fasiliti tenggelam teruk.

10516742 10205549182833318 5573122623096949698 n

“Selain itu, ramai kakitangan hospital seluruh Kelantan turut terlibat sebagai mangsa banjir dan masih tidak dapat dihubungi," kata Menteri Kesihatan.

Beliau berharap walaupun masalah air akan mengambil masa yang lama untuk proses pembersihan, semua hospital dan klinik kesihatan dapat beroperasi dengan secepat mungkin.

Subramaniam turut mengharapkan agar kerjasama antara Hospital USM dan HRPZ dapat berterusan walau pun keadaan kembali seperti sediakala.

Hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dato' Dr. Ahmad Razin Dato' Ahmad Maher, Pengarah Hospital USM Dato' Dr. Zaidun Kamari, pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan serta pegawai-pegawai kanan USM.

10881717 10205549172513060 1887469247337927757 n

Terdahulu Naib Canselor dan Pengarah HospitalUSM memberi takilimat berkenaan operasi Hospital USM dan keperluan tambahan doktor perubatan, jururawat dan paramedik untuk membantu menguruskan fasa transisi sebelum hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia mampu beroperasi sepenuhnya yang di jangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Teks : Nik Sheila Erini Che Mat Kamel   Suntingan: Mohamad bin Abdullah

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015