USM HARGAI LAWATAN MENTERI KESIHATAN

KOTA BHARU,, 31 Dis. 2014 - Universiti Sains Malaysia (USM) amat menghargai lawatan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam ke Hospital USM semalam.

Menurut Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Omar Osman, lawatan tersebut amat besar maknanya kepada USM.

Dalam lawatan tersebut Naib Canselor dan Pengarah Hospital USM Dato' Dr. Zaidun Kamari memberi taklimat operasi Hospital USM terutamanya dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit memandangkan Hospital USM adalah satu-satunya hospital yang masih berfungsi sepenuhnya ketika Kelantan dilanda banjir.

"Kita telah menyatakan  keperluan tambahan doktor perubatan, jururawat dan paramedik untuk membantu menguruskan fasa transisi pasca banjir sebelum hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia mampu beroperasi sepenuhnya," kata Omar.

Tambahnya, usaha ini  dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Justeru, kata Omar, kunjungan Menteri Kesihatan menyuntik semangat dan sokongan bermakna untuk semua pihak di USM meneruskan usaha yang dilakukan ini.

"Saya ingin rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau dan KKM atas bantuan, sokongan dan kerjasama yang diberi," kata Naib Canselor.

Beliau bercakap melalui telesidang dalam perjumpaan dengan pegawai-pegawai USM untuk menguruskan operasi bantuan pasca banjir. Teks: Mohamad Abdullah

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015