PEPERIKSAAN DI KAMPUS KESIHATAN PADA 5 JANUARI 2015

PULAU PINANG, 31 Dis.2014 -  Isnin 5 Januari 2015 hingga Selasa 20 Januari 2015 adalah tarikh baharu untuk pelajar-pelajar di Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan menduduki peperiksaan setelah ditangguhkan ekoran terkesan dengan banjir yang melanda Kelantan dan beberapa negeri Pantai Timur.


Menurut Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar, Noriah Mohamad, semua pelajar di Kampus Kesihatan adalah diminta menghubungi pusat pengajian masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peperiksaan yang akan diduduki.


USM pada minggu lalu membuat keputusan menangguhkan peperiksaan di Kampus Kesihatan atas keprihatinan memandangkan terdapat ramai pelajar dan kakitangan yang terkesan dengan banjir yang melanda Kelantan serta memberi peluang untuk usaha-usaha pengurusan operasi banjir dilakukan dengan sebaik mungkin.


Lebih 1,000 orang pelajar  terutamanya dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan pasca siswazah Sains Perubatan terlibat dalam peperiksaan ini.  Peperiksaan di Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan telah bermula Isnin lalu dengan USM  memberikan kebenaran kepada pelajar yang terkesan  banjir menduduki semula kertas-kertas yang tidak dapat didudukinya. Teks: Mohamad Abdullah

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015