USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC SERU PEGAWAI MUDA PALAPES KEMBALI BERBAKTI

240115 2

GURUN, 26 Januari 2015 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato' Dr. Omar Osman, menyeru pegawai muda Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang telah tamat dapat kembali ke USM mencurah bakti bersama-sama universiti membangunkan PALAPES di peringkat yang lebih tinggi.

Pembabitan para pegawai muda PALAPES melalui kepakaran dan pengalaman yang dimiliki selama tiga tahun dapat membantu kadet menerapkan disiplin, keyakinan dan mengenalpasti kekuatan pada diri masing-masing.

240115 1

Jelas Omar yang juga Komandan PALAPES Universiti Sains Malaysia berkata, ada kalangan staf USM yang berkelayakan dan pernah menjadi Rotu USM dan ini merupakan platform terbaik untuk mereka kembali menyumbang segala pengalaman yang dimiliki.

“Setiap tahun kita melahirkan pegawai muda PALAPES dan jika mereka bergerak aktif membantu kadet muda menjalani latihan, jelas keupayaan PAPALES dapat ditingkatkan dari sedia ada,” ujar beliau ketika ditemui sebelum bersama Pegawai dan Kadet menyertai Pertandingan Menembak Jatuh Piring 2015 di Kem Hobart, Gurun, Kedah sempena latihan kadet cuti semester baru-baru ini.

240115 4

2401015 3

Tambah beliau lagi, kekuatan setiap pegawai kadet tidak hanya menguasai teori yang dipelajari tetapi latihan berterusan yang disediakan oleh PALAPES dan ini termasuklah pendedahan melalui kepakaran dari pegawai yang bertauliah.

“Atas sebab itulah saya amat mengharapkan mereka kembali berbakti buat universiti seterusnya memberi contoh terbaik untuk kadet muda meneruskan perjuangan mereka”

 240115 8

240115 7

Turut hadir ke pertandingan tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar merangkap Timbalan Komandan PALAPES Udara, Prof. Dr. Adnan Hussein, Pengarah Pejabat Pembangunan Pelajar merangkap Timbalan Komandan Pasukan Sukarelawan Polis Siswa/Siswi, Dr. Nazarudin Zainon, Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum, Prof. Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Prof. Madya Dr. Ahmad Sofiman Othman.

Pada majlis yang sama, Naib Canselor sempat beramah mesra bersama hampir 212 kadet dan 50 Jurulatih yang menyertai latihan dan pertandingan menembak.

DSC 0367

Beliau turut menggesa semua kadet agar sentiasa menjaga disiplin, membina semangat kerja berpasukan, cemerlang di dalam akademik

seterusnya menjadi pegawai kadet yang dihormati dan dicontohi pelajar USM. Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1816

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024