USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

REDIVEST BANTU PESAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN

photo 12

KUBANG KERIAN, 25 Jun 2015 - Sekumpulan Jururawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya melakukan inovasi dalam menyediakan alat yang dapat membantu memudahkan pesakit bergerak walaupun menggunakan tiub saliran beserta botol selepas menjalani pembedahan di leher.

“Pesakit biasanya berhadapan dengan kerumitan untuk mengendalikan redivac iaitu satu botol beserta tiub panjang yang digunakan untuk mengalirkan cecair dari kaviti tubuh ke dalam botol tersebut selepas  pembedahan tiroidektomi iaitu membuang sebahagian atau keseluruhan kelenjar tiroid disebabkan kanser, goiter (atau dipanggil beguk dalam kalangan masyarakat) atau masalah hipertiroidism,” kata Ketua Jururawat Norwahidah Wahi, 34, yang mengetuai Kumpulan Inovasi Seiketsu yang mencipta inovasi baharu bagi mengatasi masalah ini.

Kumpulan Seiketsu adalah satu daripada banyak kumpulan inovasi dan penambahbaikan kualiti yang terdapat di Hospital USM Kampus Kesihatan USM Kelantan.

photo 2

Menurut Norwahidah, Redivest yang dicipta mereka adalah bertitik-tolak dari hasrat untuk membantu memudahkan pergerakan pesakit dengan kaedah yang mudah kerana biasanya pesakit tidak mampu bergerak selepas pembedahan disebabkan  adanya redivac  untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan jangkitan kuman serta pengalirannya mengikut tarikan graviti.

“Berdasarkan 3 tahun bertugas di wad pembedahan dan lebih 8 tahun  bertugas di wad medikal saya perhatikan ini adalah antara masalah utama yang melambatkan pemulihan dan menyebabkan pesakit enggan bergerak apatah lagi pergerakan mereka selalunya memerlukan bantuan orang lain, manakala untuk melakukan  aktiviti harian, pesakit terpaksa memegang sendiri botol redivac kerana tiada alat khas untuk membawanya,” jelas Norwahidah.

photo 11

photo 1


Tambahnya lagi, keadaaan ini turut mendedahkan risiko tiub tercabut yang boleh mengakibatkan kecederaan serius dan pendarahan saluran pernafasan tersekat di samping kelemahan lain seperti tiub berselerak, tiub panjang, bantuan untuk membawa botol redivac dan penyangkut yang sedia ada tidak sesuai serta  kurang prihatin kerana kurang pengetahuan kaedah pengendalian.

Redivest ialah vest berpoket yang berfungsi sebagai alat sokongan bagi memudahkan pesakit berambulasi atau bergerak dengan turun dari katil pesakit untuk melakukan aktiviti harian. Poket di vest ini menjadi tempat untuk meletak botol redivac dan mempunyai ketahanan yang boleh menampung berat 1 kilogram bagi setiap poket. 

“Kebiasaannya, berat maksimum botol redivac yang mempunyai drainage hanya 600 gram sahaja bagi sebotol manakala redivac yang bersaiz kecil mempunyai berat maksimum 200 gram,” jelasnya lagi.

photo 21

photo 22

11206107 10206955669274600 145799627295984583 n

Norwahidah yang juga Ketua Jururawat di wad 4 Timur Depan (ORL) Hospital USM berkata, kos sehelai Redivest yang dihasilkan mereka hanyalah RM25 berbanding anggaran kos sebenar RM70 jika dibeli di luar dan hal ini menunjukkan penjimatan sebanyak RM45 untuk sehelai Redivest sekaligus menjimatkan sebanyak RM675 untuk 15 Redivest yang diperlukan di wad surgeri.

“Dari segi masa pula, kaedah ini mengurangkan tempoh pesakit yang sebelum ini menggunakan radivac selama empat hari namun, dengan menggunakan Redivest ia hanya mengambil masa tiga hari disebabkan tempoh penyembuhan yang cepat kerana tiada komplikasi dan pesakit dapat berambulasi lebih awal,” kata Norwahidah.

Norwahidah dan anggota kumpulannya yang terdiri daripada jururawat bertugas di pelbagai wad pembedahan, gembira kerana inovasi ini mendapat sambutan dalam kalangan doktor perubatan yang bertugas kerana keupayaannya mempercepatkan proses pemulihan pesakit kerana pesakit dapat melakukan pergerakan mereka tanpa perlu berbaring berterusan di katil dan sekaligus mempercepatkan untuk mereka discaj dari hospital untuk kembali ke pangkuan keluarga.

1907501 10206955670434629 8606367497934140157 n

11403120 10206955670154622 6407269177207068632 n

photo 3

Rekacipta inovasi kumpulan ini telah memenangi beberapa anugerah dan pengiktirafan sama ada di peringkat Kementerian, Wilayah dan Kebangsaan antaranya Anugerah Emas 2 Bintang Konvesyen Kebangsaan 2012, Anugerah Emas di Konvesyen Peringkat Wilayah Timur anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) serta anugerah 2 Bintang Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Kampus Kesihatan. - Teks: Wan Azahar Wan Ahmad & Nik Sheila Erini Che Mat Kamel/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood & Norwahidah Wahi

  • Created on .
  • Hits: 1727

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024