USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIRI SESI PENDENGARAN AWAM PELAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PENGAJIAN TINGGI) DI USM

Orang ramai dijemput menghadiri Sesi Pendengaran Awam Pelan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) pada hari Ahad, 8 Februari 2015, jam 8.30 pagi – 12.00 tengah hari di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.  

Yang akan hadir bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Profesor Dato' Dr. Asma Haji Ismail dan Pengarah Pejabat Pengurusan Program Jabatan Pengajian Tinggi Profesor Madya Dr. Norhayati Mohamed.

Sesi Pendengaran Awam atau Townhall Meeting bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap Pelan Pendidikan Malaysia dan yang utamanya ialah untuk membolehkan orang ramai memberikan maklum balas terhadap pelan berkenaan seperti terdapat dalam http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

Sesi yang sama akan diadakan di Zon Selatan (Johor Bahru), Zon Timur (Kota Bharu), Zon Tengah (Kuala Lumpur) serta Zon Sabah dan Zon Sarawak.​ Teks: Mohamad Abdullah 

  • Created on .
  • Hits: 1188

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024