USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUSAT ISLAM SEDIA JUADAH BERBUKA PUASA DI HUSM SETIAP HARI

IMG 20150622 WA0005

KUBANG KERIAN, 21 Jun 2015 - Pusat Islam Kampus Kesihatan mengadakan gotong royong memasak untuk menyediakan juadah berbuka puasa kepada peneman pesakit dan staf USM Kampus Kesihatan yang bertugas terutamanya di Hospital USM di sepanjang Ramadhan ini.

Usaha ini dibuat dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada kalangan staf pelbagai jabatan di sini.

Menurut Pegawai Hal-Ehwal Islam USM Kampus Kesihatan, Ustazah Norshazalwana Mohd Zin, sebanyak RM1,500 diperuntukkan untuk menyediakan juadah berbuka puasa setiap hari untuk tujuan tersebut melalui dana sumbangan staf warga USM Kampus Kesihatan dan orang ramai.

“Program ini adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka berbuka puasa tanpa perlu meninggalkan tempat bertugas,” katanya.

IMG 20150622 WA0007

Setiap hari sebanyak 200 set juadah berbuka puasa diagihkan setiap hari kepada peneman pesakit dan staf USM yang bertugas.

Orang ramai termasuk dalam kalangan warga USM bolehlah terus menyumbang dana bagi tujuan tersebut di Pusat Islam USM Kampus Kesihatan. - Teks/Foto: Abdul Aziz Latiff​

  • Created on .
  • Hits: 1071

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024