USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AUG 2012: NC BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MENTERI LAOS

usmlaos

PULAU PINANG, 12 Dis.2012 – Naib Canselor (NC) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Omar Osman yang ketika ini dalam rangka kerja ke Laos PDR mengadakan kunjungan hormat dan beramah-mesra dengan Menteri Pelajaran dan Sukan negara berkenaan, Dr Phankhan Viphavanh.

Kunjungan berkenaan yang turut disertai oleh Presiden Asean University Sports Council (AUSC) bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama di antara semua pihak khususnya dalam meningkatkan mutu dan kualiti pencapaian arena sukan di peringkat ASEAN.

NC berada di Laos bagi menghadiri perasmian Sukan Asean University Games (AUG) oleh Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong, hari ini. NC turut diundang sebagai tetamu AUG ke-16 dan bertindak sebagai pembentang utama kertas kerja dalam "Asean University Sports Council International Conference 2012"

Beliau akan membentangkan kertas kerja  bertajuk "AUSCIC 2012 - Current Development and Challenges in Sport" dalam persidangan tersebut.

Kunjungan hormat NC tersebut turut bertindak sebagai medan perbincangan tiga penjuru dengan Menteri berkenaan yang akan menumpukan kepada kerjasama USM, AUSC dalam bidang akademik dan tumpuan kepada sukan.

  • Created on .
  • Hits: 2351

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024