USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR DAN PENSYARAH SAINS FORENSIK PPSK HASILKAN BUKU PERTAMA DALAM BIDANG KRIMINOLOGI DI MALAYSIA

11014746 10206865660504437 2614764093270281363 n

KUBANG KERIAN, 15 Jun 2015 - Pelajar dan pensyarah Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan buku untuk mengupaskan mitos dan fakta tentang jenayah, penjenayah dan mangsa jenayah yang pertama di Malaysia.

Menurut Pensyarah Kanan Program Sains Forensik, PPSK USM, Dr Geshina Ayu Mat Saat, buku ini hasil kajian lapangan para pelajar dan pensyarah kerana mendapati orang awam mempunyai tanggapan yang salah tentang jenayah, penjenayah dan mangsa jenayah.

10690007 10206865646224080 8929407494960402606 n

“Kegagalan orang ramai mengetahui fakta sebenar tentang jenayah menjadi salah satu faktor utama penyumbang kepada peningkatan kadar jenayah serta risiko untuk menjadi mangsa jenayah dan usaha penerbitan ini yang mempunyai 49 halaman serta banyak mengupas dan memberi penekanan mengenai skop, realiti dan mitos serta fakta-fakta yang menyanggah segala persepsi tipikal terhadap realiti jenayah, penjenayah dan mangsa jenayah, diharapkan dapat membantu memberikan maklumat tepat tentang hal ini,” ujar Geshina.

Tambahnya, penerbitan buku ini adalah untuk membantu program transformasi kerajaan dalam mengurangkan kadar jenayah di Malaysia yang diharapkan mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap jenayah dan dapat memupuk sikap berwaspada agar tidak terjebak dengan jenayah atau menjadi mangsa jenayah.

11377083 10206865661224455 1702398742660089741 n

Tambahnya lagi, buku yang menyediakan pelbagai maklumat penting untuk dijadikan rujukan terutamanya bagi mereka yang berminat dalam bidang Kriminologi, Viktimologi dan pencegahan jenayah ini turut dihasilkan dengan kerjasama tulisan pelajar-pelajarnya iaitu Mohamad Rahim Kamaludin, Nadiah Syariani Md. Shariff, Linthini Gannetion dan Peravina Thergarajan.

”Antara golongan yang boleh memanfaatkan buku ini ialah para pelajar sekolah, mahasiswa, golongan wanita, pendidik, penyelidik, pekerja sosial, kaunselor, pihak berkuasa dan orang awam,” jelas Geshina.

Buku bertajuk ‘Jenayah, Penjenayah dan Mangsa Jenayah: 100 Mitos dan Fakta’ ini telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negeri Kelantan, DCP Dato’ Mazlan Mat Lazim baru-baru ini semasa Karnival Against Crime: Bersama Mencegah Jenayah, di Pusat Transformasi, Bandar Tunjung, Kota Bharu. - Teks: Wan Azahar Wan Ahmad/Foto: Wan Muhd Rashidi Wan Mood dan Mohd Ridzuwan Ramly

  • Created on .
  • Hits: 1329

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024