USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DERMA DARAH AMALAN MULIA

2015 06 15 823

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Jun 2015 - “Menderma darah mampu menyelamatkan nyawa seseorang pesakit yang memerlukan darah,” kata Law Pho Guan, 58, yang telah menderma darah sebanyak 91 kali di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Universiti Sains Malaysia.

Law Pho Guan mula menderma darah pada usia 25 tahun dan terus melakukannya kerana baginya, ini adalah satu cara untuk membantu orang lain pada saat genting tanpa mengira kaum, agama dan warna kulitnya.

Ditemui dalam Hari Penderma Darah Sedunia dan Program Menderma Darah Pra-Ramadhan dia menyifatkan ini adalah amalan mulia yang perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat.

2015 06 15 825

Lim Siew Woo dari Pasir Puteh, Kelantan pula telah menderma darah sebanyak 69 kali dan merasa lebih sihat dan bertenaga setiap kali menderma darah.

“Saya berasa badan saya segar dan lebih sihat selepas selesai menderma, dan saya sarankan pada masyarakat sekeliling agar menderma darah untuk kesihatan di samping dapat menyelamatkan nyawa manusia," katanya ketika ditemui pada majlis yang sama.

Penderma darah seorang pendidik, Wan Haszelizam yang telah berbuat demikian sebanyak 64 kali berkata, dia bersyukur dapat berbuat demikian untuk membantu menyelamatkan nyawa sesama insan dan berharap agar kempen menderma darah dapat dipertingkatkan untuk memupuk semangat menderma darah dalam kalangan anak-anak muda demi menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

2015 06 15 8271

“Kerelaan untuk menderma darah oleh mana-mana pihak adalah penting yang perlu hadir tanpa dipaksa, malah setiap orang haruslah menganggap bahawa menderma darah adalah satu perkara murni yang wajib dilaksanakan oleh masyarakat," tambahnya lagi. - Teks: Roslida Mohamed/Foto: Mohamad Hairol Rasli

  • Created on .
  • Hits: 2146

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024