USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KONGSI KEPAKARAN, ALUMNI BANTU PERKENALKAN PUSAT PENGAJIAN

IMG 9315

KUBANG KERIAN, 14 Jun 2015 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) menerima kunjungan 12 orang pelajar Pelajar Tahun Dua Kursus Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi diiringi dua orang pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis mengadakan lawatan akademik ke Makmal Sains Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) hari ini.

Menurut Pegawai Belia & Sukan yang juga Penyelaras Makmal Sains Sukan PPSK, Mohd Hafezi Mat Zin, lawatan tersebut bertujuan mempelajari biomekanik sukan dengan penggunaan alat '3D Motion Analysis' iaitu kamera berkuasa tinggi.

IMG 9316

IMG 9318

"Alat yang dimiliki sejak tahun 2010 ini mampu merakam pergerakan atlet sama ada pergerakan laju atau perlahan melalui pergerakan yang biasa dilakukan oleh atlet dalam sesuatu kegiatan sukan dan pada hari ini empat ujikaji akan dibuat iaitu pukulan 'woodball', servis badminton, sepakan tekong takraw dan tendangan bola.

IMG 9324

Walau bagaimanapun, penggunaan sepenuhnya alat ini adalah pada tahun 2013 melalui penyelidikan pelajar tahun akhir dalam acara sukan memanah selain daripada digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, alat tersebut juga turut digunakan oleh pakar perubatan untuk rawatan pesakit di klinik otopedik.

Kecanggihan peralatan yang ada di samping kepakaran pensyarah serta kakitangan dalam bidang tersebut secara tidak langsung membolehkan mereka berkongsi ilmu pengetahuan serta kemudahan pembelajaran yang ada dengan pelajar-pelajar luar USM.

IMG 9325

Pensyarah pengiring, Nur Atiqah Wadiah Azmi menyatakan berbesar hati kerana PPSK menerima kehadiran mereka.

"Sebagai seorang bekas pelajar, saya rasa bertuah kerana PPSK sanggup berkongsi kepakaran dan kecanggihan yang ada dengan pelajar-pelajar daripada institusi lain kerana tidak semua institusi dapat menyediakan kemudahan dan prasarana seperti ini," kata Nur Atiqah Wadiah yang merupakan siswazah ijazah pertama jurusan Sains Sukan Dan Senaman PPSK dan pemegang ijazah sarjana bidang yang sama dari Pusat Pengajian Sains Perubatan. - Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 1106

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024