USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR SAINS PERUBATAN DAN BIRO PENDIDIKAN KESIHATAN ADAKAN KHIDMAT BAKTI

11248060 10206851954161787 6500120572995828111 n

PASIR PUTEH, 14 Jun 2015 - Seramai 26 orang pelajar perubatan tahun empat dari Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) dan 11 orang jururawat dari Biro Pendidikan Kesihatan, Unit Kejururawatan, Hospital USM telah mengadakan program pendidikan kesihatan dan pameran di kampung Pulau Lima, Pasir Putih, semalam.

Menurut ketua pelajar, Avan Tong, pendidikan kesihatan yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi sebenar dalam memberi perawatan kepada pesakit dan memenuhi syarat kursus pembelajaran.

1549229 10206851952561747 8312324942133963675 n

"Sepanjang program ini berlangsung, masyarakat setempat berkesempatan untuk melakukan pemeriksaan mata dan melihat pameran serta bertanya mengenai isu-isu kesihatan dengan Pegawai Perubatan serta jururawat dan para pelajar.

“Penyakit, kecederaan dan penjagaan mata akibat kecederaan kimia, Degenerasi Makular berkaitan umur, Glaukoma, lelasan kornea, Ambylopia (mata malas), Katarak Kongenital dan Pendarahan Konjuntiva merupakan antara isu yang diberikan dalam sesi pendidikan kepada pesakit," katanya.

Sementara itu, masyarakat setempat yang ditemui, Tajudin Awang, 50, menyambut baik langkah proaktif yang dijalankan oleh USM ini.

"Program ini merupakan usaha yang berkesan dalam merakyatkan perkhidmatan kesihatan dan usaha yang murni dari Kampus Kesihatan USM.

11064621 10206851953721776 5907972879985844350 n

"Ia juga merupakan satu langkah awal dan pendedahan yang amat berkesan dalam penjagaan kesihatan," ujarnya.

Turut hadir dalam majlis ini ialah tiga Pegawai Perubatan USM, Dr. Kogilavaani J, Dr. S.O Prenamala Devi dan Dr. Mohd Ilham Ismail dari Jabatan Oftalmologi. - Teks: Wan Azahar Wan Ahmad/Foto: Abdul Aziz bin Latif dan Mohamad Harol bin Rasli

  • Created on .
  • Hits: 808

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024