USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI PERLU BEKERJASAMA WUJUDKAN RANGKAIAN ILMU SERANTAU

IMG 0120HMH

PULAU PINANG, Jun 2015 - Negara Australia, ASEAN dan China perlu mewujudkan satu rangkaian ilmu serantau untuk menggalakkan penyebaran dan perkongsian ilmu dalam kalangan institusi pengajian tinggi di negara-negara tersebut," kata Profesor Anthony R. Welch dalam ceramahnya bertajuk “Australia, ASEAN, China: Towards a Regional Knowledge Network?” dalam Higher Education Public Talk Series 2015 anjuran Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) baru-baru ini.

Beliau berkata, ini memerlukan negara-negara tersebut mewujudkan kerjasama pendidikan tinggi dengan mengambil kira faktor-faktor seperti mobiliti pelajar antarabangsa, penggunaan dan pengiktirafan bahasa asing serta penerapan pendidikan sebagai wadah pembinaan generasi muda yang berkesan.

IMG 0126jkjbj

Welch ialah Profesor dalam bidang Pendidikan dari University of Sydney, Australia merupakan pakar dalam dasar kebangsaan dan antarabangsa, amalan pendidikan tinggi, analisis rentas budaya dan penyelidikan, dan mempunyai pengalaman antarabangsa yang luas dalam pembaharuan pendidikan tinggi, pelajar antarabangsa dan pengantarabangsaan di rantau Asia.

Beliau memulakan ceramahnya dengan memperkenalkan secara ringkas mengenai senario pendidikan Australia dan bagaimana Australia menjalin hubungan dengan negara-negara jiran terutamanya negara-negara ASEAN dan baru-baru ini dengan China.

Welch berkata pada masa ini di Australia, sektor pendidikan berada di kedudukan yang teratas dalam industri perkhidmatan, justeru terdapat banyak peluang untuk sektor ini berkembang baik di dalam mahu pun di luar Australia.

IMG 0137tu

"Ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan pesat ekonomi Asia, ditambah pula negara China, India dan Jepun memainkan peranan utama dalam ledakan ekonomi di rantau ini. Pada masa yang sama, ini juga telah melimpah ke seluruh rantau ASEAN yang mempunyai ekonomi ketujuh terbesar di dunia.

"Di Malaysia, dengan USM sebagai satu-satunya Universiti bertaraf APEX di negara ini, rangkaian ilmu serantau seperti ini boleh ditubuhkan di rantau ini melalui hubungan pendidikan yang sedia ada," katanya.

Menurutnya lagi, Singapura dan Malaysia telah bertransformasi menjadi hub pendidikan di peringkat serantau dan transnasional sekaligus membawa perubahan penting dalam landskap pendidikan di rantau ini. Langkah yang diambil kedua-dua negara ini juga jelas menunjukkan bahawa pendidikan antarabangsa kini dilihat sebagai satu industri yang besar.

Sementara itu, Pengarah IPPTN, Profesor Madya Dr. Munir Shuib berkata, ternyata pendidikan tinggi di rantau ini telah banyak berkembang dalam masa sedekad ini; oleh itu adalah penting untuk kita mengikut perkembangan terkini pelbagai usaha dan inisiatif antarabangsa yang dilakukan.

Katanya, kita perlu bekerja bersama-sama ke arah merealisasikan satu rangkaian ilmu serantau, dan pada masa yang sama, kita mesti terus berwaspada dan proaktif dalam menghadapi cabaran yang berkaitan.

"Ini adalaht rend semasa dan rangkaian serantau yang melibatkan Australia, ASEAN dan China ini pastinya akan memberi manfaat kepada negara dan rakyat terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor pendidikan.

"Mewujudkan rangkaian bukanlah sesuatu yang mudah namun ia dapat dilaksanakan dengan kepakaran, kepimpinan dan keazaman yang tinggi dalam kalangan negara-negara anggota," kata Munir dalam ucapan penutup beliau.

Higher Education Public Talk Series 2015 ini adalah acara tahunan yang diadakan untuk menggalakkan perkongsian ilmu dalam pendidikan tinggi serta pemerkasaan kepimpinan dan pembinaan keupayaan dalam penyelidikan dasar pendidikan tinggi, selain memupuk pewujudan jaringan kerjasama dalam kalangan pemegang taruh pendidikan tinggi antarabangsa.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, pensyarah, staf universiti dan pelajar. - Terjemahan & Teks Asal: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1220

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024