USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

My SUFFAH BANTU PELAJAR

IMG 0022yjh

PULAU PINANG, 9 Jun 2015 - Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan 'My Suffah' yang merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk membantu para pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.

'My Suffah' yang dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal ini sempena Sambutan Hilal Ramadhan Peringkat USM akan mula beroperasi tidak lama lagi merupakan sistem atas talian (online) yang dikhususkan kepada para pelajar USM yang memerlukan bantuan atau dana.

IMG 0034tyjgy

Pengarah Pusat Islam USM, Dato’ Profesor Muhammad Idiris Saleh berkata, terdapat beberapa kriteria yang akan diambilkira ketika pelajar yang ingin memohon dana melalui My Suffah yang mana mereka hanya perlu mengisi borang secara atas talian dan dana akan disalurkan terus ke akaun bank mereka.

Jelasnya, pada masa yang sama Pusat Islam akan meninjau tahap akademik para penerima bantuan tersebut pada masa akan datang melalui sistem ini.

Pada  majlis  yang sama, Tabung Aktiviti Ihya’ Ramadhan turut dilancarkan  di samping penyampaian sumbangan amal Ramadhan kepada para staf yang layak serta ceramah Hilal Ramadhan “Meneroka Keajaiban Dari Satelit Ramadhan” yang disampaikan oleh  Ustaz Halim Din.

IMG 0054

Muhammad Idiris turut mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk Tabung Aktiviti Ihya’ Ramadhan malahan menerima pemberian daripada warganya serta mengingatkan bahawa selain menambah ‘saham akhirat’, Ramadhan juga menawarkan ‘bonus’ pahala berganda melalui ‘interaksi’ dengan Al Quran dengan bertadarus dan menghayatinya, ‘menghidupkan’ masjid melalui solat berjemaah, solat surat  Tarawih  dan Qiamullail serta mengeratkan silaturrahim dalam kalangan staf dan komuniti setempat melalui program sepanjang Ramadhan yang telah disediakan oleh Pusat Islam USM.

“Matlamat bulan puasa juga adalah untuk menyuburkan rasa syukur di dalam kehidupan kerana kita sepatutnya melahirkan rasa syukur setiap hari kerana Ramadhan bukan sekadar puasa di siang hari sahaja, malah perlu diisikan setiap waktu dalam minit dan saatnya dengan amalan-amalan tertentu yang memberikan manfaat," ujarnya lagi.

Selain itu juga, Pusat Islam USM akan menyediakan kemudahan  Infaq Ramadhan sebagai pusat sehenti atau One Stop Centre khusus untuk mereka yang ingin memberi derma berupa bahan mentah untuk dimasak sempena majlis berbuka puasa yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadan ini.

IMG 0039fgjhfy

"Kami akan menyediakan khemah yang tertutup tanpa ada penyelia yang bertugas. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin memberi derma untuk majlis berbuka puasa anjuran Pusat Islam bolehlah berbuat demikian dengan hanya meletakkan barang-barang yang ingin diderma di khemah yang disediakan dan pada jam 10 malam setiap hari, pihak Pusat Islam akan mengumpulkan semua bahan mentah yang didermakan tanpa  menetapkan kuantiti yang boleh disumbangkan seikhlas hati," tambahnya lagi.

Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan termasuklah siri kuliah subuh, kuliah tafsir Al-Quran, tazkirah Zohor, Tadarus Al-Quran, edaran bubur lambuk, iftar jam’ie, solat tarawih, qiyamullail, International Postgraduate Quran Competition, program beramah mesra bersama gelandangan, dan lain-lain lagi.

IMG 0047fyjh

Hadir sama ialah isteri-isteri Timbalan Naib Canselor dan Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Md. Yusof Abdul Rahim. - Teks: Siti Naquiah Abdillah & Syuhada Abd Aziz/Foto: Mohd Fairus Md. Isa​

  • Created on .
  • Hits: 991

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024