USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUSAT SEJAHTERA DAN IPPT BEKERJASAMA BANTU PINDAH BAYI STAF USM

IMG 20150605 WA0020

PULAU PINANG, 5 Jun 2015 – Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini membantu sepasang suami isteri yang bertugas di USM untuk memindahkan segera bayi mereka yang dilahirkan pra matang atau tidak cukup bulan untuk mendapat kemudahan rawatan lanjut di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis melalui ambulans Hospital Adventist, Pulau Pinang.

Bayi lelaki comel yang diberi nama Ikhwan Hanif Mohd Ikhwan seberat tiga kilogram dengan usia 36 minggu itu dilahirkan secara pembedahan caesarean di Hospital Adventist, Pulau Pinang perlu dipindahkan segera ke HTF di atas beberapa faktor tertentu.

Ikhwan Hanif yang dilahirkan pada tanggal 31 Mei 2015 itu merupakan cahaya mata ketiga kepada pasangan Pegawai Farmasi di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Mohd Ikhwan Hashim, 34 dan Pusat Racun Negara, Nur Afni Amir, 32.

Menurut Mohd Ikhwan, bayi tersebut masih dalam keadaan kritikal tetapi menunjukkan perkembangan yang semakin positif.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dan warga USM yang banyak membantu saya dan keluarga terutamanya Pusat Sejahtera, Bahagian Sumber Manusia, Hospital USM dan IPPT,” ujarnya lagi.

Menurut Pengarah Pusat Sejahtera USM Dr. Normala Abdul Wahid, bayi tersebut terpaksa dipindahkan di atas beberapa faktor dan perlu dibawa segera dalam jangka masa yang singkat memandangkan bayi tersebut memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) kerana kekurangan oksigen. - Teks: Siti Naquiah Abdillah / Foto: Sumbangan Mohd Ikhwan Hashim.

  • Created on .
  • Hits: 1088

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024