USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERLUAS PENAWARAN PROGRAM PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

11351422 10206787985642614 3653051981831142158 n

MEDAN, SUMATERA UTARA, INDONESIA, 5 Jun 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) berhasrat meluaskan lagi penawaran program secara pesisir di luar negara menggunakan model baharu melalui kolaborasi dengan institusi pengajin tinggi di luar negara termasuk melalui penawaran program ijazah berkembar.

Berucap dalam Majlis Penandatanganan Memorandum Kerjasama (MoA) dengan Universitas Pembangunan Panca Budi di sini hari ini, Naib Canselor USM Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata,  pada tahun ini USM akan menawarkan program ijazah berkembar terutamanya pada peringkat ijazah tinggi dengan beberapa buah institusi pengajian tinggi di German, Perancis dan Jepun.

11427658 10206787984722591 124649404461292067 n

11215802 10206787985162602 1135052052525272971 n

"Ini adalah kaedah USM dalam meletakkan kedudukan sebagai berkelas dunia dalam acuan sendiri dengan mengoptimumkan sumber dan meminimumkan kos pengurusan melalui usaha sedemikian," jelas Omar.

Berkaitan dengan penandatanganan perjanjian persefahaman dengan Universitas Pembangunan Panca Budi hari ini, Omar berkata, ini adalah usaha yang pertama kali dijalankan oleh USM di Indonesia untuk menawarkan pengajian jarak jauh dengan universiti luar negara yang mempunyai potensi besar untuk diterokai.

"USM telah diberikan kelulusan untuk menawarkan program ijazah pertama ini sebagai menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi yang menekankan kepada pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan atas talian melalui Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM yang telah berbuat demikian sejak tahun 1974," kata Omar.

18905 10206787988322681 4668075256476950151 n

11150945 10206787987642664 1708164925455121500 n

11424000 10206787986682640 2961584041284949298 n

Untuk permulaan dijangkakan seramai 100 orang pelajar akan diambil mengikuti ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan USM menggunakan kemudahan di universiti tersebut dan memanfaatkan sepenuhnya pengajian secara atas talian kaedah pendidikan jarak jauh yang diamalkan selama ini.

Medan Sumatera Utara adalah destinasi kelapan program pengajian USM termasuk di empat kampus di negeri Pulau Pinang, Kampus Kesihatan di Kelantan, Kampus Perubatan di India dan Kampus Pengajian Siswazah di Kuala Lumpur.

"Saya ingin menyarankan agar kedua-dua pihak turut berkolaborasi jangka panjang termasuk pada peringkat ijazah tinggi apatah lagi melihat kejayaan USM dengan sebuah universiti di Batam Indonesia yang menghasilkan pengeluaran siswazah ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) yang ramai pada April lalu, malah kemungkinan meninjau penawaran pengajian Kejuruteraan secara jarak jauh yang pernah ditawarkan oleh USM satu ketika lalu," tambah Omar.

Pada masa ini USM mempunyai seramai lebih 7,300 orang pelajar pengajian jarak jauh yang merupakan 20% daripada keseluruhan pelajar ijazah pertamanya dengan lebih 95% pensyarahnya berkelulusan Ph.D yang menggunakan pelbagai teknologi atas talian terkini untuk penyampaian bahan kuliahnya.

11390268 10206787987282655 7641016121793093986 n

Sementara itu, Rektor Universitas Pembangunan Panca Budi Dr.  H. M Isa Indrawan berkata perjanjian persefahaman ini amat besar maknanya kerana telah dirancang sejak 2004.

"Ini adalah perjanjian yang sangat teliti dan matang kerana dilakukan melalui  kajian teliti dan serius dalam usaha memenuhi keperluan kedua-dua pihak apatah lagi untuk meningkatkan penyertaan rakyat Indonesia kepada akses pendidikan tinggi dalam kalangan mereka yang berkelayakan terutamanya dengan menggunakan teknologi semasa," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Tambahnya lagi,  pada masa ini dianggarkan sekitar 30% rakyat Indonesia yang berkelayakan mendapat akses pendidikan tinggi dan kerajaan Indonesia kini mempunyai syarat-syarat khusus untuk tujuan pendidikan secara jarak jauh untuk mengawal kualitinya.

11407032 10206787986922646 5992566235413249068 n

"Universitas Pembangunan Panca Budi akan menubuhkan pasukan kerja khas bagi memastikan program dengan USM ini berjalan lancar dan berharap dapat menawarkan lebih banyak program terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi melalui kerjasama seperti ini untuk mencapai sasaran mencapai taraf universiti berkelas dunia termasuk kolaborasi dengan universiti ternama dunia yang lain," tegasnya lagi.

Universitas Pembangunan Panca Budi ditarafkan sebagai universiti swasta terbaik di Sumatera Utara Indonesia yang ditubuhkan oleh Yayasan Pendidikan Profesor Dr Haji Kadirun Yahya pada tahun 1956 untuk menjalankan kerja-kerja pembangunan sosial dan bergerak aktif dalam pembangunan universiti pada tahun 1997.

Hadir pada majlis tersebut ialah wakil Yayasan Pendidikan Prof. Dr Haji Kadirun Yahya, Ibu Siti Khatijah, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Profesor Madya Dr. Mustafa Fadzil Farid Wajdi, Pengurus Besar Usains Holding Sdn Bhd Edwin Gomes, pegawai-pegawai kanan Universitas Pembangunan Panca Budi serta beberapa orang pensyarah kanan USM.

11406462 10206787989682715 8673473546811332429 n

11407124 10206787989282705 4234940846718073998 n

Naib Canselor USM itu mempunyai jadual padat sepanjang berada di Medan Sumatera Utara untuk menghadiri mesyuarat kerjasama bersama-sama beberapa buah universiti di sini, perjumpaan dengan lebih 100 orang alumni USM serta melancarkan Jaringan Keusahawanan Pelajar ASEAN. Teks dan Foto: Mohamad Abdullah 

  • Created on .
  • Hits: 1536

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024