USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MYROC 2015 ASAH KREATIVITI KANAK-KANAK KEPADA ROBOTIK

MyRoc Robotic1317

NIBONG TEBAL, 4 Jun 2015  - Malaysia Youth Robotics Competition 2015 (MYROC 2015) Northern Region yang dianjurkan oleh para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraam melalui Robotic Club dan Syarikat My-Robot di sini berjaya mencungkil bakat dan kreativiti kanak-kanak di samping mendidik mereka dalam ilmu yang berkaitan robotik.

Penyelaras projek Ong Chon How berkata, pertandingan ini merangkumi lima permainan iaitu Fishing Mania, Racing Car, Sumo Robot, Robot Colour Volleyball dan Rescue Robot bertujuan menguji tahap pembelajaran pelajar program My-Robot dan memberi peluang kepada mereka menunjukkan kreativiti dan penguasaan ilmu robotik.

MyRoc Robotic1321

MyRoc Robotic1349

Ini merupakan kali pertama MyRobot Northern Region menganjurkan pertandingan seumpamanya di sini.

Katanya lagi pertandingan tersebut perlu diteruskan pada masa depan dalam melahirkan bakat-bakat baru dalam dunia robotik.

Pengerusi Robotic Club USM Tan Yu Bin berkata, pihaknya telah memberi tumpuan dan usaha sepenuhnya dalam menjayakan pertandingan ini dan berpuas hati melihat kejayaan program yang julung-julung kali diadakan ini dengan penglibatan lebih 150 peserta berumur 7 hingga 15 tahun dalam kelima-lima acara yang dipertandingkan.

MyRoc Robotic1272

MyRoc Robotic1355

MyRoc Robotic1249

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik USM Profesor Dr. Zaidi Mohd Ripin ketika merasmikan acara ini berkata penganjuran program tersebut amat menakjubkan dan memperlihatkan perkembangan yang baik terhadap kanak-kanak dalam acara yang dipertandingkan.

“Ini merupakan perkembangan yang baik dan menggembirakan melihat kanak-kanak ini telah mendapat pendedahan awal dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti My-Robotic,” kata Zaidi.

MyRoc Robotic1433

Ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada aktiviti ini berpendapat, ini adalah usaha yang baik kerana memberi peluang untuk kanak-kanak mempelajari dan merasai pengalaman sebenar menyertai pertandingan robotik.Teks: Mohd Kamil Ashar /  Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin

  • Created on .
  • Hits: 1076

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024