USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HALA TUJU UNIVERSITI DIBAHAS: PERANCANGAN STRATEGIK PERLU LEBIH BERFOKUS

 DSC8147fh

PULAU PINANG, 1 Jun 2015 – Hala tuju dan amalan terbaik untuk Universiti Sains Malaysia (USM) kekal berdaya saing dan relevan pada masa hadapan dibincang secara intensif namun santai bersama ahli-ahli Lembaga Gabenor Universiti, di sini hari ini.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, dengan melihat senario semasa Universiti, perancangan masa hadapan perlu lebih berfokus bagi membolehkan USM terus berdaya saing dan mampu meneraju bidang pengajian tinggi.

 DSC8150n

Katanya, antara fokus yang dikenalpasti termasuk pemerkasaan bidang akademik, pengkomersialan, penyelidikan dan usahasama perniagaan, yang disifatkan dapat mengukuhkan kekuatan serta peranan Universiti seperti yang sepatutnya.

“Ini bukanlah satu pembentangan ‘rocket science’ yang dibuat dalam masa singkat, Universiti telah melihat kembali fokus hala tuju melalui beberapa siri perbincangan khas dan menetapkan fokus lebih spesifik.

“Kita juga sedar dan perlu merebut peluang dalam meraih dan mengasah bakat yang ada, penjanaan kewangan yang boleh diterokai serta menggembleng sumber secara lebih berkesan dan optimum,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan idea berkenaan ‘Bagaimana USM Kekal Kompetetif dan Relevan pada Masa Hadapan’ di Dewan Persidangan Universiti.

 DSC8131

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, ahli-ahli LGU, timbalan-timbalan naib canselor, USM Leading Thinkers dan pegawai-pegawai utama universiti.

 DSC8162vgn

 DSC8157

Selain Omar, turut membentangkan idea ialah ahli LGU, Profesor Datuk Dr. Omar Shawkataly melalui pembentangan tajuk The Fall of Faculty dan Pengarah Hospital USM, Dato’ Dr. Zaidun Kamari (Prospek Semasa dan Masa Hadapan Hospital USM).

 DSC8182vghn

 DSC8178chg

1

Sesi perbincangan santai turut memperlihatkan penglibatan aktif semua pihak dalam mengemukakan idea universiti masa hadapan yang dipengerusikan oleh ahli LGU merangkap fasilitator, Tan Sri Dr. Tengku Mahaleel Tengku Arif. - Teks: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 1182

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024