USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

EV PERKASAKAN TEKNOLOGI HIJAU NEGARA

IMG 0181

PULAU PINANG, 27 Mei 2015 – Penggunaan kenderaan elektrik (EV) mampu untuk memperkasakan penggunaan teknologi dalam menjaga alam sekitar di negara ini. Ia terbukti berkesan dan mendapat sambutan penggunaannya di banyak negara dunia, namun sikap skeptikal terhadap EV menjadi antara penghalang dalam melaksanakan usaha ini terutamanya di Malaysia.

Pengarah Eksekutif CMS Consortium Ecotour Sdn. Bhd. (COMOS), Dato’ Sri Haji Zainal Abidin Bin Syed Mohamed Tahir berkata demikian dalam Siri Syarahan Ketua Pegawai Eksekutif  atau CEO Talk Series kali ke-8 yang dikelolakan bersama oleh Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) dan Pusat Pengajian Pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini petang ini.

IMG 0184

IMG 0187

Syarahan  bertajuk “Entrepreneurial Opportunities on EV Development” mensasarkan perkongsian pengalamannya dalam menerajui syarikat korporat terkemuka kereta yang kini menerajui industri EV negara.

Menurut Zainal Abidin, penggunaan EV kian mendapat tempat di negara ini terutamanya di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor dengan beberapa buah universiti telah mula bekerjasama untuk memanfaatkan teknologi yang menjaga alam sekitar ini terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia sekitar 21 hingga 40 tahun sebagai penggemar utamanya.

COMOS telah melancarkan program sewaan EC  yang makin mendapat kepercayaan orang ramai dengan beberapa pakej menarik dalam usaha mengurangkan paras karbon dioksida, mengurangkan kesesakan lalu lintas bandar dengan menggunakan pengangkutan alternatif melalui konsep perkongsian kereta terutamanya di kawasan bandar.

IMG 0171

“COMOS bercadang untuk menambah kenderaan (EV) sehingga 1,000 unit mejelang tahun 2020 dan bercadang untuk mengembangkan operasinya ke beberapa bandar-bandar utama lain termasuk di Johor, Melaka dan Pulau Pinang,” katanya lagi.

Syarikat perkongsian kenderaan elektrik (EV), CMS Consortium Sdn. Bhd. melalui Mobiliti Penyelesaian Padu (COMOS) dengan  kenderaan EV yang terdiri daripada Nissan Leaf, Renault Twizy dan Renault Zoe mampu menyumbangkan lagi kepada usaha kelestarian dan mengurangkan masalah pencemaran seperti asap kenderaan yang tidak terkawal.

 DSC7756

Tambahnya lagi, syarikatnya percaya kepada perkongsian dengan kepakaran yang ada di universiti yang terdapat ramai cerdik pandai untuk menjayakan usaha seperti ini untuk masa hadapan negara dan meningkatkan kepercayaan terhadap penggunaan EV dalam jangka panjang dalam menjaga alam sekitar yang lebih lestari.

“Diharapkan agar USM dapat bekerjasama membantu kami apabila usaha ini dibawa ke negeri Pulau Pinang nanti,” katanya.

Zainal Abidin adalah Pengarah Urusan (Proton Holdings Bhd.) dari tahun 2006 hingga 2012 dan Pengarah Eksekutif Perodua dari tahun 2002 hingga 2005 serta mendapat pelbagai pengiktirafan terhadap kejayaannya memimpin industri permotoran negara.

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM, Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey; Dekan GSB, Profesor Madya Dr. Sofri Yahya dan Timbalan Dekan (Hal-Ehwal Pelajar dan Jaringan) GSB Tn. Hj Noor Nasir Kader Ali.

 DSC7757 

See juga berharap agar kerjasama yang lebih erat khususnya bersama industri pada masa akan datang diteruskan untuk memacu kecemerlangan universiti pada masa hadapan. - Teks: Siti Naquiah Binti Abdillah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa & Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 1155

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024